16 Plugin Shopify Yang Paling Kerap Digunakan Pada Tahun 2019

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

16 Plugin Shopify Yang Paling Kerap Digunakan

Kita tahu bahawa menggunakan platform Shopify untuk membuka kedai online kini menjadi sangat mudah.

Langkah-langkah untuk membuka kedai Shopify boleh dikatakan straight forward. Saya pernah menulis satu artikel tentang reka bentuk kedai Shopify. Jika anda masih belum baca, pautan adalah seperti berikut:

Pendedahan Eksklusif Rahsia Reka Bentuk Kedai Shopify | Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Akan tetapi kedai Shopify itu sendiri mempunyai fungsi yang terhad. Jadi kadang-kadang kita perlu menambahkan beberapa plugin untuk mempertingkatkan fungsi kedai Shopify kita.

Artikel ini adalah untuk berkongsi beberapa plugin Shopify yang saya rasa sangat berguna dan paling kerap digunakan ketika membuka kedai Shopify, terutamanya kepada newbie untuk membantu mereka meningkatkan jualan.

Plugin yang diperkenalkan kepada anda dalam artikel ini mempunyai dua tujuan umum:

• SEO
• Pengalaman pengguna (user experience)

Jom kita mulakan.

 

Plugin Shopify Untuk SEO

Plug in SEO

https://apps.shopify.com/plug-in-seo

Terdapat versi berbayar dan percuma, tempoh percubaan seminggu.

Plugin ini boleh memantau trafik kedai kita dalam masa nyata, serta beberapa masalah yang mungkin muncul pada kedai kita, dan kerap melaporkan prestasi SEO di dalam laman web kita.

Semua faktor pengoptimuman SEO terus dikesan: termasuk nama halaman, tajuk, meta deskripsi, kelajuan memuatkan laman web, struktur blog, kesegaran kandungan dan banyak lagi.

 

Beeketing Checkout Boost

https://apps.shopify.com/checkout-boost

$ 20 sebulan, tempoh percubaan setengah bulan.

Plugin ini boleh menambah beberapa butang untuk perkongsian sosial pada halaman checkout serta memberikan beberapa hadiah percuma dan diskaun di samping memasukkan count down timer semasa pelanggan checkout.

 

Smart Bundle Upsell

https://apps.shopify.com/smar7-bundle-upsell

$ 47 sebulan, tempoh percubaan seminggu. (sedikit mahal)

Plugin ini mampu mencadangkan beberapa produk yang berkaitan dengan produk dalam troli beli-belah pelanggan secara pintar.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai sepasang kasut lari di shopping cart anda, plugin ini akan mengesyorkan pakaian sukan atau earphone sukan dan sebagainya kepada anda.

Dengan cara ini, pelanggan digalakkan untuk berbelanja lebih banyak pada satu-satu masa.

 

Sumo List Builder

https://apps.shopify.com/sumome

Plugin ini adalah untuk membantu kita mengumpul maklumat emel pengguna.

 

McAfee Secure

https://apps.shopify.com/mcafee-secure

Versi percuma, berbayar tersedia.

Plugin ini digunakan terutamanya untuk melindungi maklumat pelanggan kita. Selepas memasang plugin ini, “banner keselamatan diperakui” akan muncul di laman web kita untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan di kedai kita.

Sudah tentu, banner ini bukan hanya untuk “lihat” sahaja. Peranannya juga jeals iaitu ia boleh memeriksa laman web kita daripada virus, agar laman web kita sentiasa selamat.

 

Yotpo Reviews

https://www.yotpo.com/

Yotpo Reviews membolehkan kita menunjukkan lebih banyak kandungan yang dijana oleh pengguna, iaitu penilaian pengguna.

Sekiranya produk anda mempunyai banyak penilaian, ia boleh meningkatkan kebolehpercayaan produk ini secara langsung. Jika penilaian itu lebih baik, anda juga dapat meningkatkan jualan secara langsung.

Mari lihat ciri-ciri plugin ini:

• Menghantar emel pengesanan kepada pelanggan, meminta penilaian
• Tunjukkan ulasan dalam bahagian kecil di dalam kedai anda
• Boleh dikawal sepenuhnya secara automasi
• Membantu membawa trafik dari Facebook dan Twitter
• Tunjukkan ulasan produk di Google shopping

Apa yang disebutkan di atas hanyalah ciri-ciri yang disediakan oleh versi percuma, penilaian pengguna yang baik boleh meningkatkan jualan sebanyak 10%.

Oleh itu, saya cadangkan semua orang untuk menggunakan plugin ini apabila membuka kedai.

Adakah anda masih ingat beberapa contoh kedai yang saya kongsi dalam artikel sebelumnya mengenai reka bentuk kedai Shopify?

https://www.puravidabracelets.com/

.
.
.

Plugin Shopify Untuk Pengalaman Pengguna

Wiser ‑ Related Products

https://apps.shopify.com/your-recently-viewed-products

$ 9.99 sebulan, tempoh percubaan seminggu.

Memang benar bahawa kedai yang ada cadangan produk jauh lebih baik daripada kedai tanpa cadangan produk.

Dengan produk yang disyorkan, pelanggan akan berhenti lebih lama di kedai dan menjelajah lebih banyak produk. Jadi lebih cenderung untuk membeli.

Dan perkara kegemaran saya tentang plugin ini adalah ia sangat fleksibel.

Kita boleh memilih untuk mengesyorkan produk: mengikut jenis, produk jualan panas, produk yang baru dilihat oleh pengguna, produk baru, atau produk serupa dengan produk yang dilihat oleh pelanggan. Jadi pilih yang paling sesuai buat anda!

Kedai di bawah ini juga pernah disebut apabila kita bercakap mengenai reka bentuk kedai Shopify:

Badgley Mischka

https://www.badgleymischka.com/

 

Persistent Cart

https://apps.shopify.com/cart-persistify

$ 3.99 sebulan dengan tempoh percubaan selama satu bulan.

Saya tidak tahu sama ada anda pernah menggunakan VIPshop. Shopping cart VIPshop hanya efektif selama 10 minit sekiranya anda tidak membuat pembayaran. Perkara ini benar-benar menyusahkan pelanggan. Lebih-lebih lagi terdapat berpuluh-puluh ribu produk yang ada di dalam VIPshop.

Pelanggan benar-benar geram di mana VIPshop pasti akan kehilangan banyak tempahan. Plugin Persistent Cart ini membolehkan kedai kita untuk mengelakkan keadaan ini.

Ia secara automatik mengaitkan shopping cart pelanggan dengan akaunnya, sehingga tidak ada kemungkinan bahawa shopping cart anda akan “expired” semasa membeli-belah.

 

One Click Social Login

https://apps.shopify.com/one-click-social-login

$ 4.99 sebulan, tempoh percubaan setengah bulan.

Dengan plugin ini, pengguna boleh log masuk ke kedai kita secara terus dengan akaun sosial tanpa perlu mendaftar semula. Ini meringkaskan proses pendaftaran pengguna sepenuhnya.

Akaun sosial yang boleh dilog masuk termasuk:

Facebook, Twitter, LinkedIn, Pinterest, Amazon, Google+, Instagram, Meetup.com, Outlook dan Yahoo.

Ini bukan sahaja memudahkan pengguna mendaftar, tetapi juga mudah bagi kita untuk merekodkan maklumat pengguna.

 

Audience Push to Facebook

https://apps.shopify.com/audience-push

Iklan Facebook retargeting, terutamanya mengesan pengguna yang telah melawat kedai kita tetapi akhirnya tidak membuat pembelian.

Manfaat plugin ini adalah bahawa ia boleh digunakan untuk retarget iklan kepada pelanggan yang telah melawat kedai kita untuk masa yang lama. Dengan itu mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Kita juga boleh memilih audience di mana iklan kita dituju: termasuk mereka yang telah mendaftar laman web kita, atau telah memasuki halaman checkout atau membeli di kedai kita satu kali sahaja atau syarat-syarat lain.

 

Edit Order by Cleverific

https://apps.shopify.com/edit-order

Ketika anda membeli di kedai TaoBao, adakah anda sedar bahawa anda telah mengisi alamat yang salah hanya selepas membuat tempahan, atau memilih warna produk yang salah selepas membuat tempahan? Atau kesilapan lain. Mesti ada.

Selepas itu kita dapati bahawa alamat penghantaran tidak boleh diedit. Malangnya.

Jadi supaya tidak membiarkan pelanggan kita menghadapi masalah-masalah sedemikian, kita perlu membuatkan borang tempahan kita boleh diedit walaupun tempahan telah dilakukan.

Selagi produk belum dihantar, plugin ini boleh membuat modifikasi maklumat tempahan. Ini adalah penting untuk pengalaman pengguna dan harap-harap dapat mengurangkan kadar penolakan produk.

 

WishList Plus

https://apps.shopify.com/swym-relay

Terdapat versi percuma dan juga tempoh percubaan selama dua minggu.

Ramai pengguna kadang-kadang datang untuk “window shopping” di kedai kita, tetapi hanya melihat dan tidak benar-benar mahu membeli. Mungkin kerana tidak ada wang, atau tidak perlu.

Jadi plugin ini adalah untuk membolehkan jenis pelanggan ini untuk menambah senarai wishlist (senarai harapan). Pengguna juga boleh menambah senarai wishlist tanpa mendaftar masuk. Oleh itu, kita tahu produk mana satu produk yang lebih popular.

Dan kita juga boleh synchronize (menyelaraskan) senarai wishlist ini ke peranti yang berbeza. Malah kita boleh menghantar emel kepada pengguna untuk mengingatkan mereka produk yang disukainya belum dibeli.

Kedai demo ALKI’S BOUTIQUE

https://demo.swym.it

 

Easyship

https://apps.shopify.com/easyship

Pembelian merentas sempadan mempunyai salah satu kebimbangan terbesar, dan kadangkala juga masalah terbesar iaitu logistik. Kadang-kadang tambang penghantaran yang terlalu tinggi akan menyebabkan pelanggan tidak membuat pembelian atau langsung menyebabkan kita kehilangan keuntungan.

Easyship adalah plugin untuk penghantaran yang saya suka, yang memberi kita diskaun pada kadar penghantaran untuk lebih dari 100 syarikat logistik (termasuk FedEx dan UPS).

Dan plugin ini juga mengira tarif bersama-sama dengan bayaran lain yang akan dikenakan. Oleh itu, tidak ada perbelanjaan yang kita tidak tahu (hidden fees) yang akan menyebabkan kerugian.

Terdapat banyak fungsi automatik pada plugin ini. Kita boleh menetapkan peraturan sendiri seperti menggunakan UPS dengan barangan kurang dari satu kilogram, atau memilih tambang penghantaran terendah setiap kali ada pembelian dari pelanggan.

 

Pre-Order Now

https://apps.shopify.com/preorder-now

$ 14.99 sebulan dengan tempoh percubaan dua minggu.

Kadang-kadang apabila produk panas habis dijual, tetapi masih terdapat banyak pelanggan yang menginginkannya. Akibatnya pelanggan akan memilih jenama lain atau pergi ke kedai lain membeli sehingga kita kehilangan beberapa pelanggan.

Bagaimana untuk mengelakkan keadaan ini?

Dengan plugin ini, anda boleh terus menjual produk itu secara langsung, walaupun ia belum lagi tersedia, atau kini habis dijual, tiada stok, tetapi anda boleh terus menjual.

Website On Demand

https://websiteondemand.myshopify.com/products/tool-cart

 

Tidio Live Chat

Kedua-dua versi percuma dan berbayar boleh didapati.

https://apps.shopify.com/tidio-chat

Perkhidmatan pelanggan secara online boleh memberikan pengalaman pengguna yang baik semasa membeli-belah di kedai Shopify kita. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan serta-merta.

Plugin ini adalah plugin perkhidmatan pelanggan automatik yang saya sukai, dan ia banyak ciri berguna:

• Lihat siapa yang melayari laman web kita dan membolehkan kita berbual-bual dengan mereka
• Masalah prospek akan dijawab secara automatik dalam masa 10 saat
• Menyokong terminal mudah alih
• Sokongan untuk pelbagai bahasa

 

Product Compare

https://apps.shopify.com/product-compare

$ 5 sebulan dengan tempoh percubaan seminggu.

Kadang-kadang apabila anda ternampak 2 produk yang lebih kurang serupa dan tidak tahu mana satu yang harus dipilih. Cuba guna plugin ini. Anda boleh membandingkan 2 produk bersama-sama untuk membantu pelanggan membuat keputusan.

Ok, setakat ini adalah semua plugin yang saya sarankan kepada anda.

 

Kesimpulan

Di sini saya juga mahu mengingatkan anda:

Jangan pasang semua plugin yang saya sarankan. Pilih mengikut kesesuaian anda. Sudah tentu, kalau anda pasang semua plugin, ia akan melambatkan kelajuan kedai Shopify anda.

Gunakan artikel ini sebagai rujukan sahaja.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.07.18)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Satu Maklum Balas

  1. rozan

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!