
Isi Kandungan
- 1 Apa Sebenarnya Iklan Facebook?
- 2 Kenapa Anda Mahu Mengiklankan Di Facebook?
- 2.1 Pelanggan Berpotensi Dan Pelanggan Sedia Ada Anda Berada Di Facebook
- 2.2 Hyper Targeting (Penyasaran Terperinci) Adalah Ciri Pengiklanan Facebook
- 2.3 Iklan Facebook Tidak Akan Menjadikan Anda Bankrap
- 2.4 Anda Boleh Mengukur Hasil Iklan Facebook Anda
- 2.5 Iklan Facebook Juga Boleh Meningkatkan Trafik Laman Web Dan Pengguna Anda
- 2.6 Anda Boleh Meletakkan Jenama Anda Dengan Cepat Di Hadapan Orang Ramai
- 2.7 Iklan Facebook Lebih Berkesan Daripada Halaman Facebook
- 3 Bagaimana Untuk Memulakan Iklan Facebook?
Dalam tutorial ini, anda akan mempelajari asas pengiklanan Facebook dan bagaimana untuk memulakan pengiklanan di Facebook. Anda mungkin telah melihat banyak kisah kejayaan para pemasar di Internet dengan menghabiskan ratusan dolar dan memperoleh puluhan ribu dolar pulangan.
Ia kelihatan seperti pulangan pelaburan (ROI) yang gila, bukan? Sesungguhnya tidak. Dengan iklan Facebook, anda boleh meniru kemahiran pemasar yang berjaya ini supaya anda dapat mendapat pulangan yang luar biasa terhadap pelaburan!
Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah apabila memasarkan dan mempromosikan perniagaan anda di media sosial, anda harus menggunakan Facebook. Facebook mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna mendaftar setiap bulan dari seluruh dunia, jadi Facebook adalah raja media sosial. Sama ada anda mahu menjangkau orang di bandar atau orang di seberang dunia, anda boleh menggunakan iklan Facebook.
Apa Sebenarnya Iklan Facebook?
Sekiranya anda menatal news feed (suapan berita) Facebook anda, anda kemungkinan besar akan melihat artikel yang mengatakan sponsored atau ditaja. Atau, jika anda menggunakan PC desktop, iklan akan muncul di sebelah kanan skrin. Apabila menonton video di Facebook, anda juga akan melihat iklan video jenis ad breaks (selipan iklan).
Di samping itu, anda akan melihat iklan atau mesej penajaan di Facebook Messenger, Instagram, dan Audience Network. Iklan ini juga dikenali sebagai iklan Facebook.
Individu, perniagaan kecil, dan syarikat besar membayar Facebook berbilion ringgit setahun untuk memaparkan iklan mereka kepada pengguna Facebook. Ini tidak menghairankan, kerana Facebook menawarkan pengiklan manfaat yang paling besar berbanding dengan platform lain, iaitu, “laborukan paling sedikit wang untuk dapatkan hasil yang terbaik”.
Kenapa Anda Mahu Mengiklankan Di Facebook?
Sebelum saya menjelaskan kepada anda bagaimana untuk memulakan iklan Facebook, saya mulakan dahulu beberapa sebab mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk melabur dalam platform ini.
Pelanggan Berpotensi Dan Pelanggan Sedia Ada Anda Berada Di Facebook
Ok, mungkin bukan semua. Tetapi walaupun bukan kebanyakan daripada mereka, pun terdapat sebahagian berada di Facebook. Bukan semua orang suka Facebook, tetapi setiap orang yang pernah mendengar Internet pernah mendengar Facebook. Sama ada anda menetapkan pelanggan sasaran yang berada di lokasi yang sama seperti anda, atau di lokasi terpencil, ia sangat mudah dilakukan di Facebook.
Hyper Targeting (Penyasaran Terperinci) Adalah Ciri Pengiklanan Facebook
Apabila anda mendaftar akaun Facebook, Facebook akan meminta banyak maklumat mengenai anda. Pengiklan kemudian boleh mencari anda berdasarkan maklumat yang anda berikan. Platform iklan lain tidak pernah mempunyai pilihan penyasaran iklan terperinci seperti Facebook.
Sebagai contoh, anda boleh menetapkannya berdasarkan lokasi, hobi, pasukan kegemaran mereka, bahasa mereka, pendidikan mereka, gaya hidup mereka, kerja mereka, status kewangan mereka, keutamaan pilihan destinasi pelancongan mereka, dan banyak lagi.
Iklan Facebook Tidak Akan Menjadikan Anda Bankrap
Sudah tentu, melainkan anda memberi Facebook semua wang. Tetapi ini bukan keputusan perniagaan yang bijak, bukan? Anda boleh menghabiskan beberapa dolar sehari pada iklan Facebook, dan Facebook tidak akan mengeluh mengenainya.
Jika anda membandingkan jumlah pengiklanan yang anda buat di Google Adwords, iklan Bing, native ads, iklan sepanduk, papan iklan atau iklan surat khabar, sebenarnya wang anda akan lebih berjimat di Facebook! Dengan wang yang dijimatkan, anda akan dapat mencapai lebih banyak pasaran sasaran. Ini bermakna anda dapat membesarkan bajet anda dengan cepat dan membolehkan lebih banyak orang melihat iklan anda.
Anda Boleh Mengukur Hasil Iklan Facebook Anda
Pengiklanan di Facebook tidak perlu bermain teka-teki kerana platformnya sangat straightforward. Anda boleh melihat impressions, clicks, dan conversions dalam masa nyata. Dalam usaha untuk mengukur hasil iklan anda, anda perlu menambah Facebook pixel ke laman web anda.
Kod ini adalah semua yang anda perlukan untuk menjejaki peristiwa penting di laman web anda —— siapa yang membeli; siapa yang telah mendaftarkan senarai anda; siapa yang telah melawat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti sebelum meninggalkan laman web anda; dan banyak lagi.
Iklan Facebook Juga Boleh Meningkatkan Trafik Laman Web Dan Pengguna Anda
Dengan iklan Facebook, anda boleh merangsang orang ramai untuk melakukan apa sahaja yang anda mahukan. Sebagai contoh, jika anda mahu mereka melayari laman web anda, tambahkan call to action yang betul sebagai tindakan dalam iklan anda. Jika anda mahu mereka mengunjungi kedai fizikal anda, anda boleh membiarkan mereka tahu dengan cara di atas. Jika iklan anda cukup menarik dan memberi mereka apa yang diinginkan (dengan menyelesaikan pain points mereka), maka mudah bagi mereka untuk mengikuti call to action anda.
Anda Boleh Meletakkan Jenama Anda Dengan Cepat Di Hadapan Orang Ramai
Biarkan iklan anda muncul di hadapan 2 bilion pengguna Facebook —— ini bukan mustahil jika anda mempunyai bajet yang sangat sangat banyak. Sudah tentu, tidak semua orang akan berminat dengan jenama anda, dan berbuat demikian boleh mengakibatkan kos yang tinggi. Dalam iklan Facebook, matlamat kita adalah untuk mencapai khalayak yang betul, bukan semua orang.
Dengan khalayak yang betul, orang akan lebih bersedia menerima kandungan yang anda berikan. Penglibatan mereka dalam iklan anda akan lebih tinggi dan secara langsungnya akan mengakibatkan kos pengiklanan yang lebih rendah.
Iklan Facebook Lebih Berkesan Daripada Halaman Facebook
Pada masa lalu, anda boleh membuat halaman Facebook baru dan menghabiskan beberapa dolar untuk membuat orang menyukai halaman anda. Apabila anda menerbitkan post baru pada halaman, sebahagian besar daripada peminat dan pengikut akan melihat kemas kini anda dalam news feed (suapan berita) mereka. Hari ini ia adalah sama sekali berbeza.
Oleh kerana semakin ramai orang mendaftar sebagai pengguna Facebook, maka semakin ramai pengguna Facebook memberi perhatian kepada banyak halaman Facebook serta memasuki banyak kumpulan Facebook telah menjadi suatu perkara yang lumrah. Perilaku ini telah menyebabkan news feed mereka menjadi penuh sesak dan kadar capaian semula jadi sebuah post telah menurun dengan ketara. Sekiranya anda ingin mencapai khalayak sasaran anda, cara terbaik ialah membayar Facebook dan bukannya memusingkan ibu jari anda untuk menunggu peminat dan pengikut menyukai post baru anda.
Bagaimana Untuk Memulakan Iklan Facebook?
Seperti kebanyakan perkara dalam kehidupan, iklan Facebook juga mempunyai keluk pembelajaran yang curam yang harus dipanjat. Mari kita pelajari langkah demi langkah supaya tiada kekeliruan berlaku kerana pengiklanan Facebook yang tidak berurutan akan mengakibatkan kehilangan modal kita.
Langkah 1: Tentukan Matlamat Anda
Sebelum anda mula menggunakan iklan Facebook, anda perlu jelas tentang apa yang anda ingin capai dengan iklan ini, kerana post anda akan berorientasikan ke arah matlamat ini. Anda akan mensasarkan matlamat ini dan menetapkan iklan anda dengan cara ini untuk mencapai matlamat anda.
Beberapa contoh matlamat adalah seperti berikut:
• Adakah anda mahu orang ramai menyukai halaman anda?
• Adakah anda mahu orang ramai mengklik lalu memasuki laman web anda?
• Adakah anda mahu orang ramai menyertai mailing list anda?
• Adakah anda mahu orang ramai mengambil bahagian dalam acara anjuran anda?
• Adakah anda mahu orang ramai membeli produk anda atau mencubanya secara percuma?
• Adakah anda mahu orang ramai memuat turun aplikasi mudah alih anda?
Penentuan matlamat anda akan membantu anda membuat iklan yang paling sesuai untuk khalayak anda. Dalam iklan Facebook, ini adalah matlamat yang berbeza atau matlamat kempen yang boleh anda pilih seperti ditunjukkan pada gambar di bawah:
