Cara Membuka Kedai Online Di Instagram. Tutorial penuh!

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Cara Membuka Kedai Online Di Instagram. Tutorial penuh!

Hari ini mari kita belajar mengenai cara membuka kedai online di Instagram.

Saya percaya semua orang tahu betapa pentingnya Instagram kepada pemasar Internet. Setiap hari terdapat lebih daripada 200 juta pengguna aktif di Instagram yang melakukan aktiviti seperti berkongsi berita dan video, melayari dan membeli produk dan sebagainya.

Peta minda di bawah adalah kandungan yang akan saya kongsikan dalam artikel ini:

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Anda boleh melihat bagaimana membeli-belah di Instagram, atau jika anda membuka kedai di Instagram, bagaimana pelanggan membeli produk.

 

Bagaimana Membeli-Belah Di Instagram?

Laman Utama Jenama

Di ruangan carian, saya masukkan satu jenama kecantikan yang dipanggil “modabrush“. Klik pada laman utama modabrush dan anda akan melihat “Shop” muncul di tab pertama. Klik pada tab itu dan kemudian semua produk akan terpapar di depan anda.

 

Instagram Post

Di samping itu, kita biasanya akan melihat gambar seperti ini ketika melayari Instagram:

Para peniaga akan men’tag’kan produk dalam post yang disiarkan. Dan perhatikan gambar yang mempunyai ikon kecil seperti beg. Jika pengguna klik beg ini, mereka akan dibawa ke halaman produk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut.

Setiap gambar boleh di’tag’ sehingga 5 produk, dan satu post boleh menyiarkan beberapa gambar. Tetapi jumlah produk yang di’tag’ hanya boleh sehingga 20.

 

Instagram Stories

Terdapat juga ciri “Stories” ini, di mana peniaga boleh men’tag’ produk mereka.

 

Bagaimana Membuka Kedai Online Di Instagram?

Peraturan Kedai Online Instagram

Pertama sekali, kita perlu mengikuti dasar dan peraturan perniagaan platform.

Instagram mempunyai syarat-syarat berikut:

• Akaun bisnes Instagram mestilah berdasarkan penjualan barangan fizikal. Ini bermaksud anda tidak boleh menjual barangan maya seperti produk digital atau membekalkan servis!
Profil Instagram anda mestilah profil bisnes dan bisnes anda mesti mematuhi dasar urus niaga perniagaan Instagram.
• Pada masa ini, hanya negara-negara berikut mempunyai fungsi kedai Instagram. Jika anda tidak pasti sama ada Instagram anda mempunyai fungsi kedai online, anda boleh klik URL ini.

https://business.instagram.com/a/shopping-setup-guide

Juga, pastikan Instagram anda telah dikemas kini kepada versi terkini.

 

Langkah-langkah Buka Kedai Online Instagram

Tukar Profil Instagram Anda Ke Profil Bisnes

 

Daftar Satu Kedai Facebook

Pertama sekali, untuk membuka kedai Instagram, anda juga perlu mempunyai kedai Facebook kerana Instagram akan memindahkan maklumat yang anda buat di Facebook ke kedai Instagram. Di bawah adalah cara mendaftar untuk kedai Facebook:

 

Pilihan 1: Buat Kedai Facebook Yang Berasingan

Anda boleh membuat pautan produk baru dan memuat naik butiran produk anda secara manual ke Facebook bisness page anda.

Bergantung pada negara anda, anda boleh menguruskan tempahan secara langsung dan mengutip pembayaran di Facebook. Tetapi ia tidak disyorkan untuk berbuat demikian.

Pertama, ecommerce manager Facebook tidak begitu baik kerana ia tanpa ciri asas yang tersedia untuk platform lain.

Kedua, anda mungkin sudah mempunyai laman web sendiri. Jadi jika anda membuat kedai Facebook yang berasingan, anda perlu menguruskan tempahan secara berasingan. Ia agak susah untuk menguruskan inventori anda. Jadi saya akan mengesyorkan kaedah kedua.

 

Pilihan 2: Segerakkan Kedai Online Anda Ke Halaman Facebook Anda

Jika anda menggunakan kedai Shopify, anda boleh menyelaraskan semua katalog produk dengan mudah ke Facebook. Maka anda tidak perlu mengimport secara manual.

Di samping itu, dengan kaedah ini, inventori juga disegerakkan secara automatik. Anda boleh mengurus semua tempahan di dashboard kedai Shopify. Ini menjimatkan masa dan tenaga anda. Kini anda hanya perlu memberi perhatian kepada jualan.

Jadi untuk membuka kedai Instagram, anda perlu menyelesaikan tiga perkara:

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Ikat Profil Bisnes Instagram Anda Ke Facebook Business Page Anda.

Ini hanya boleh dilakukan oleh Facebook page administrator.

 

Tambah Katalog Produk Ke Kedai Facebook

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, kedai Instagram sebenarnya mengimport maklumat produk dari kedai Facebook. Selepas anda mengikat kedua-dua akaun Facebook dan Instagram bersama-sama, anda perlu membuka satu kedai Facebook. Dan kemudian menyegerakkannya ke Instagram.

Sebelum ini, saya cadangkan dua cara untuk menginput produk. Sebenarnya, yang kedua adalah lebih mudah daripada kaedah manual yang pertama.

Oleh itu, jika anda mempunyai kedai Shopify, mengikat halaman Facebook anda secara langsung di kedai Shopify dan tambahkan halaman Facebook terus ke “Sales Channel” di sebelah kiri Online Store.

Sebaik sahaja diikat, tambah katalog produk ke Facebook.

Pergi ke Shopify “products”, pilih produk anda. Dalam menu drop-down” action, klik “Make Products Available” dan pilih “Facebook”.

 

Sediakan Sales Channels Instagram

Sebaik sahaja selesai Facebook, anda boleh menyediakan sales channel Instagram anda. Kaedahnya sama seperti Facebook: Tambah Instagram ke “Channel Sales” di sebelah kiri kedai Shopify.

 

Menunggu Akaun Itu Diluluskan

Ok, pada ketika ini, langkah seterusnya adalah untuk menyemak akaun anda di platform Instagram. Tinjauan platform mungkin mengambil masa beberapa hari, dan sekali akaun anda telah diluluskan, anda akan menerima pemberitahuan sedemikian.

 

Sahkan Kedai Facebook Yang Anda Ingin Tambah Ke Instagram

Selepas menerima pemberitahuan kelulusan, apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah memilih kedai Facebook yang anda ingin ikat dengan Instagram.

Klik “Get Started” pada pemberitahuan semakan untuk pergi ke Instagram dan klik pada “shopping” untuk memilih kedai Facebook.

Produk anda akan disegerakkan secara automatik ke Instagram.

Klik Gambar Untuk Memperbesar

 

Bagaimana Menyiarkan Produk Di Instagram?

Tag Produk Dalam Post Yang Disiarkan

Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, dalam post Instagram, setiap post dengan satu gambar boleh di’tag’ sehingga 5 produk, dan setiap post multi-gambar boleh di’tag’ sehingga 20 produk.

Tag produk dalam post akan memaparkan nama dan harga produk yang telah di’tag’, dan post yang dipaparkan sebelum ini juga boleh digunakan untuk men’tag’ produk.

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Selepas disiarkan, post anda akan menjadi seperti ini:

 

Tag Produk Dalam Stories Yang Disiarkan

Begitu juga, Instagram stories juga boleh di’tag’, gambar produk yang di’tag’ akan memaparkan nama produk di mana anda boleh mengedit warna dan teks.

Walau bagaimanapun, stories yang disiarkan tidak boleh diedit semula. Dan setiap stories hanya boleh menambah satu tag.

Selepas disiarkan, post anda akan menjadi seperti ini:

 

Kesimpulan

Secara umum, kedai online Instagram masih sangat berguna. Ia bukan sahaja memudahkan proses membeli-belah, tetapi juga memudahkan tempahan.

Ia juga memberikan banyak autonomi supaya anda dapat mempromosikan produk anda secara langsung dan menunjukkan produk anda kepada mereka yang mempunyai keinginan yang kuat untuk membeli.

Apabila anda men’tag’ produk dalam post yang anda siarkan, post anda akan dipaparkan secara automatik di tab Shopping Explorer Instagram.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.08.22)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!