Bagaimana Menggunakan Bot Sembang Messenger Facebook Untuk Menjana Trafik?

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Bot Sembang Messenger Facebook

Semasa saya menulis topik mengenai pemasaran kandungan, saya pernah bercakap bahawa kebanyakan orang membuat promosi atau menjana trafik dengan cara yang salah. Apa yang dilakukan oleh mereka?

Selepas mencipta laman web, mereka akan “membuang” pautan laman ke setiap media sosial yang diketahui. Tidak kira Facebook, Instagram, WhatsApp atau Telegram. Habis cerita.

Cara ini digelar “satu senapang satu tembakan”. Ini bukan cara penjanaan trafik yang berkesan kerana ia tidak akan membawa conversion rate yang tinggi.

Satu konsep yang anda semua harus tahu:

“Promosi adalah 100 kali lebih penting daripada isi kandungan, dan interaksi adalah 100 kali lebih penting daripada promosi.”

Ini sebenarnya bermakna. Sekarang terdapat terlalu banyak maklumat di Internet. Tidak susah mencari kandungan yang baik. Jadi promosi mesti dilakukan dengan baik agar kandungan kita dapat dilihat oleh audience kita.

Untuk melakukan promosi dengan baik, kadar interaksi pengguna harus dipertingkatkan. Apakah cara yang paling biasa untuk berinteraksi? Ia adalah dialog.

Hari ini kita akan membincangkan penggunaan bot sembang messenger Facebook untuk meningkatkan kadar interaksi pengguna yang pada akhirnya membawa trafik berlanjutan ke laman web kita.

 

Pasang Robot Sembang

Sebelum memasang, semua orang harus ingat prinsip-prinsip berikut:

Bahasa atau arahan yang digunakan oleh robot sembang perlu sangat mudah dan jelas. Adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan terminologi industri dan ayat yang panjang serta kandungan respon yang terlalu rumit.

Cara baik adalah menyediakan panduan langkah demi langkah atau memberi pilihan jawapan secara langsung. Jangan biarkan pelanggan menjawab soalan itu sendiri. Sekiranya pelanggan bertanya soalan itu sendiri, adalah sangat sukar bagi bot sembang menyediakan jawapan yang tepat.

Jangan paksa pelanggan membeli. Jika pelanggan merasakan bahawa robot sembang itu menjengkelkan, mereka akan terus menyekatnya. Promosi atau jualan perlu dijalankan secara perlahan dan diperkenalkan langkah demi langkah.

Dalam ujian, kita mesti memberi perhatian kepada tindak balas pelanggan. Jangan buatkan orang berasa jengkel.

Sediakan pelan anda – bot perbualan ini ditujukan kepada siapa? Siapa audience kita? Kita perlu menganalisis apa masalah yang ada pada mereka. Apakah keperluan mereka? Kemudian gunakan bot sembang untuk menyelesaikan masalah ini.

Di samping bot sembang, jangan lupa sediakan khidmat pelanggan. Ini adalah kerana sesetengah pelanggan mungkin mempunyai banyak masalah peribadi, tetapi robot sembang tidak boleh menjawab. Jadi pada masa itu mesti ada “real person” untuk dihubungi. Jika tidak, ia benar-benar menjengkelkan.

Optimumkan bot sembang – Terus menguji dan memperbaiki. Lihat apa yang pelanggan kita bertindak balas kepada beberapa ciri baru.

Mari kita lihat cara memasang bot sembang.

Dengan memilih bot yang bermutu, kita tidak perlu bersusah-payah menulis program. Di bawah adalah saranan saya.

 

Chatfuel

https://chatfuel.com/

 

Botsify

https://botsify.com/

 

OnSequel

https://www.onsequel.com/

 

Panduan Langkah Demi Langkah Pemasangan Chatfeul

Biar saya tunjukkan kepada anda cara membuat bot sembang Facebook dengan Chatfeul.

Langkah pertama ialah log masuk dengan akaun Facebook anda.

Terdapat dua pilihan di sini, satu percuma, satu dengan $ 15 sebulan.

Perbezaan antara kedua-duanya adalah: versi percuma hanya sampai 5,000 pengguna dan fungsi lain sama.

Versi berbayar tidak terhad dan mempunyai keutamaan. Anda juga boleh menggunakan iklan Facebook untuk menangkap pelanggan secara tepat.

Di sini kita menggunakan versi percuma.

 

Langkah kedua adalah untuk memilih “Automate”.

 

Langkah ketiga ialah menetapkan mesej selamat datang (mengikut gaya laman web anda).

Mesej selamat datang, boleh edit sendiri.

Mari kita lihat perkara berikut. Apa yang boleh ditambah:

Terdapat tiga butang, iaitu blocks, URL dan telefon.

Pandangan saya butang blocks perlu ditambah kerana jika maklumat robot sembang tidak ditetapkan dengan baik, ia boleh menyebabkan kejengkelan serta kebencian pelanggan. Apabila orang sudah marah dan tidak boleh block, mereka akan unfollow halaman Facebook kita.

Tetapi ini adalah sesuatu yang kita tidak mahu berlaku.

Butang URL: Jika anda ingin membawa trafik ke laman web anda, maka masukkan pautan laman web anda.

Butang telefon: Kebanyakan orang tidak tambah.

 

Sambung Messenger Ke Laman Web Kita

Selepas menetapkan bot sembang, langkah seterusnya adalah mengaitkan messenger Facebook ke laman web kita.

Langkah-langkah utama seperti berikut:

• Tambahkan butang messenger Facebook ke halaman jualan laman web kita
• Tambahkan Facebook live chat ke laman web kita
• Bagaimana menambah messenger Facebook ke kedai Shopify kita?
• Messenger Facebook boleh ditambah terus di pusat bantuan kedai Shopify

https://help.shopify.com/en/manual/sell-online/facebook-messenger

Facebook Live chat

Ini sebenarnya satu plugin Shopify: https://apps.shopify.com/facebook-messenger-live-chat

Selepas memasang plugin ini, anda boleh berbual-bual dengan pelanggan pada bila-bila masa, sama ada di komputer atau pada peranti mudah alih.

Berikut adalah beberapa pilihan persediaan:

• Tunjukkan pada halaman tertentu
• Tunjukkan berdasarkan masa singgah di halaman
• Tunjukkan apabila meluncur (scroll down) ke halaman
• Tunjukkan apabila meminimumkan halaman
• Adaptif mudah alih (mobile responsive)
• Tunjukkan bila anda ingin melompat keluar (menutup) dari laman web

Secara peribadi saya sarankan memaparkan messenger Facebook pada halaman tertentu dan berdasarkan masa singgah di halaman.

 

Gunakan Bot Sembang Meningkatkan Conversion Rate

Saya berkata pada permulaan artikel bahawa promosi itu bukan satu dua langkah ke hadapan sahaja, atau menambah beberapa butang. Jadi langkah seterusnya adalah bahagian penting.

Mari kita bincang tentang cara menggunakan bot sembang untuk meningkatkan conversion rate laman web.

 

Menyediakan Panduan Membeli-Belah

Bayangkan jika anda membeli pakaian secara online, adakah anda lebih suka tengok sendiri, atau lebih suka ada orang memandu anda?

Saya rasa kebanyakan orang suka tengok sendiri. Watsons adalah contoh terbaik. Pelanggan tidak suka diikuti jurujual dan mereka lebih selesa tengok sendiri tanpa gangguan luar.

Tetapi sekarang terdapat bot sembang. Walaupun bot itu adalah panduan membeli-belah, tetapi ia tidak menjejaskan rasa kebebasan pelanggan sendiri. Lagipun, itu hanya robot.

Oleh itu jangan risau bahawa robot itu akan memaksa anda membeli. Bot sembang diwujudkan untuk menjawab soalan anda dan tidak akan memberi tekanan kepada anda.

Sebagai contoh:

Bot sembang hanya tanya soalan ringkas dan kemudian menunjukkan apa yang pelanggan cari tanpa sebarang kecenderungan. Dan pastikan bahawa soalan yang ditanya oleh bot sembang termasuk harga, kategori dan jenis produk.

Bot sembang juga harus direka untuk menunjukkan hanya apa yang pelanggan benar-benar berminat dan tidak memaparkan yang tidak berkaitan.

Kaedah ini sebenarnya mempunyai kelebihan mengumpul maklumat pelanggan.

 

Menghiburkan Pelanggan

Sebagai tambahan kepada jualan, kita juga boleh membuat bot sembang lebih menghiburkan (sudah tentu, ini adalah selaras dengan gaya jenama)

Sebagai contoh, kita boleh menghantar beberapa pengetahuan yang menarik, permainan kecil atau kandungan lain yang menyeronokkan.

Sebagai contoh, Ruuh:

https://www.facebook.com/Ruuh/

Jika anda membuat keputusan untuk membina bot sembang yang menyeronokkan, perhatikan perkara berikut:

• Dorong minat pengguna untuk meneruskan ke langkah seterusnya
• Pastikan semua kandungan adalah adaptif mudah alih
• Boleh menggunakan lebih banyak video atau gambar
• Galakkan pengguna untuk berkongsi

Bagaimanakah kita menggunakan bot sembang untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan kita? Tambah butang “share“.

Perkara yang paling penting adalah timing. Dalam erti kata lain, butang “share” akan dipaparkan ini apabila pelanggan paling berpuas hati iaitu di mana mereka paling mungkin berkongsi kandungan kita.

Sebagai contoh:

Butang “share” ini dipaparkan selepas anda mendapat jawapan, dan ia tidak meminta anda berkongsi butang ini sebelum jawapan ditunjukkan. Inilah timing mereka.

 

Kekalkan Pengguna

Pelanggan tidak akan membeli produk kita pada lawatan pertama.

Mereka akan masuk dan keluar laman web kita berkali-kali sebelum membuat keputusan. Oleh itu, kita perlu mengingatkan pelanggan untuk melawat laman web kita dan berbelanja.

Dulu kita lakukan ini melalui emel atau secara manual.

Tetapi sekarang dengan adanya bot sembang, ia memudahkan kerja kita.

Menerusi kandungan emel (maklum balas, pertanyaan, pemberian diskaun) dan selang masa yang telah kita sediakan sebelum ini (jika ada), kita boleh salin dan amalkannya pada bot sembang.

 

Menyemai Rasa Empati

Tujuan mewujudkan rasa empati adalah untuk meningkatkan interaktiviti, yang juga merupakan kemahiran yang sangat penting dalam pemasaran.

Kami mahu menjual produk, tetapi jangan keterlaluan.

Kita mesti terlebih dahulu berfikir tentang pengguna dan biarkan mereka merasakan bahawa kita memahami mereka supaya kita dapat membina kepercayaan dengan mereka.

Ia mungkin pelik untuk mengatakan bahawa ini, bagaimanakah robot sembang sedemikian boleh menunjukkan rasa empati? Untuk menunjukkan rasa empati, gaya bahasa, perkataan yang digunakan adalah amat penting.

Seperti sebastian kull:

https://www.facebook.com/messages/t/sebastian.kull90

Sebagai contoh, bot sembang ini dengan sopannya akan meminta pelanggan memperkenalkan diri sendiri. Ia lebih baik daripada kebanyakan bot sembang lain yang meminta anda melawat laman web mereka tanpa sebarang interaksi mesra.

Oleh itu, apabila menggunakan robot sembang untuk menunjukkan rasa empati, perhatikan perkara-perkara berikut:

• Beri jawapan percuma jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
• Gunakan ayat dan ungkapan yang lebih intim
• Memberi maklumat yang berharga

 

Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pelanggan

Kini banyak laman web sebenarnya menghadapi masalah perkhidmatan pelanggan.

Sekarang dengan adanya bot sembang, ia benar-benar boleh memperbaiki masalah ini serta memendekkan masa dialog dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

Ramai pelanggan akan menginginkan perkhidmatan pelanggan ini tersedia 24 jam sehari. Majoriti perkhidmatan pelanggan tidak mampu berbuat demikian kecuali mempunyai peruntukan besar. Tetapi jika bot sembang diguna pakai, ia akan mengatasi masalah ini.

Seperti robot sembang ini:

Dialog ini pastinya tidak mengambil lebih dari dua minit dan masalah pelanggan telah diselesaikan. Jika bisnes anda semakin meningkat dan sangat sibuk, penggunaan bot sembang akan sangat membantu.

 

Pemulihan Pelanggan (Customer Recovery)

Bot sembang digunakan dalam pelbagai cara dan kita juga boleh menggunakan bot sembang untuk mengurangkan kadar abandon cart.

Kini kita boleh menggunakan messenger untuk menghantar maklumat susulan kepada pelanggan terbengkalai ini.

Contoh Puravida:

https://www.facebook.com/puravidabracelets/app/226132034107547/

Di samping menghantar peringatan sedemikian, anda juga boleh memberikan beberapa kupon diskaun dan sebagainya. Bagaimanapun, kaedah ini adalah cara lama, hanya cara komunikasi yang berbeza.

Pemberian kupon diskaun sebenarnya adalah cara yang lebih cekap kerana kebanyakan pelanggan menambah produk ke shopping cart mereka dan kemudian meninggalkannya disebabkan harganya terlalu mahal.

Adalah lebih cekap untuk menggunakan bot sembang daripada menghantar emel kerana maklumat yang dihantar oleh messenger Facebook lebih terus-menerus dan pelanggan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melihatnya.

Walau bagaimanapun, jika kita menghantar emel, emel kita boleh diletakkan dalam spam atau sengaja diabaikan kerana terlalu banyak emel untuk menonton.

 

Membalas Komen Melalui Bot Sembang

Sebagai contoh, kita menyiarkan mesej mengenai produk di Facebook. Kemudian peminat memberi komen. Selepas mereka mengambil bahagian dalam penilaian, bot sembang akan segera menghantar mesej kepada pengguna tersebut tentang maklumat sesuatu produk, sama ada ia berminat atau tidak.

Sebagai contoh, Uniquely Accessorized:

 

Mengumpul Maklumat Peribadi Pelanggan Melalui Kuiz

Tidak seperti maklumat pemasaran biasa, kuiz ini umumnya popular dan bilangan kali ia dikongsi adalah yang paling banyak.

Jadi, kita juga boleh membuat kuiz untuk mendapatkan maklumat pilihan pelanggan.

Ujian kecil ini juga boleh membimbing peminat untuk melanggan saluran yang kita ada, dan menjadikannya lebih mudah untuk mengumpul emel mereka.

Contohnya:

 

Akhirnya, saya cadangkan app untuk bot sembang kaji selidik.

SurveyBot

https://surveybot.io/

Anda boleh menggunakan alat ini untuk membuat bot sembang kaji selidik anda sendiri. Contohnya, bertanya mengenai status penerimaan, penggunaan barang, dan lain-lain. Ia sangat baik jika anda gunakan untuk menghantar info bernilai kepada VIP anda.

Tetapi jangan hantar terlalu banyak. Nanti pengguna mengamuk. ^_^

Penggunaan app ini juga sangat mudah. Log masuk dengan Facebook, kemudian memilih “Create Survey”.

Klik masuk akan nampak templat.

 

Bercakap tentang templat, saya akan memperkenalkan anda laman web yang mengkhususkan diri dalam membuat templat robot sembang. Jika anda tidak mahu melakukannya sendiri, anda boleh membelinya secara langsung.

Botmakers

https://botmakers.net/chatbot-templates/explore/sales

Sedikit mahal, haha. Tetapi tidak mengapa, pilih butang “Join Botmakers” di sudut kanan atas. Setelah anda mendaftar, anda akan mempunyai pilihan pelan ini.

Mari lihat bagaimana ia berfungsi. Ini adalah promosi restoran.

Jika anda boleh melakukannya sendiri, lakukan sendiri. Sekiranya anda tidak mempunyai masa, anda boleh memilih untuk membelinya.

Akhirnya kata, bot sembang messenger Facebook boleh meningkatkan kadar penyertaan pengguna Facebook dan conversion rate produk kita.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.06.13)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!