Bagaimana Menggunakan Iklan Facebook Untuk Mempromosikan Kedai Shopify Anda?

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Menggunakan Iklan Facebook Untuk Mempromosikan Kedai Shopify Anda

Sebagai peniaga e-dagang merentas sempadan, Facebook adalah platform sosial utama yang tidak dapat dielakkan. Walaupun kita boleh membuat promosi melalui Instagram, blog laman web dan lain-lain. Tetapi penjanaan trafik melalui Facebook dikatakan lebih cepat menampakkan kesan.

Semua peniaga berebut-rebut mencari trafik. Sumber trafik telah menjadi salah satu aset yang sangat bernilai pada zaman Internet.

Tidak kira betapa baiknya reka bentuk kedai anda dan seberapa baik produk yang dijual. Tanpa trafik dan promosi, prospek tidak akan tahu kewujudan kedai anda.

Oleh itu, kita mesti mengambil inisiatif untuk melakukan pemasaran secara aktif. Iklan Facebook adalah satu-satunya cara yang sesuai.

Dalam artikel ini, mari kita bincang bagaimana menggunakan iklan Facebook untuk mempromosikan kedai Shopify kita.

Anda mungkin juga berminat artikel di bawah ini:

Pendedahan Eksklusif Rahsia Reka Bentuk Kedai Shopify | Apa Yang Anda Perlu Tahu?

 

Ikuti Peraturan Iklan Facebook

Anda mesti mematuhi peraturan pengiklanan Facebook.

Semua kandungan iklan akan disemak sebelum diluluskan oleh Facebook. Jangan buang masa dan wang anda pada kandungan yang tidak akan terima.

Secara umumnya, masa semakan adalah 24 jam. Tetapi dalam banyak kes ia akan kurang daripada 24 jam.

Berikut adalah beberapa mesej pengiklanan yang tidak akan diterima oleh Facebook:

Gambar Sebelum xx, Gambar Selepas xx

Sebagai contoh, saya menjual pil diet. Saya menghantar beberapa gambar pelanggan sebelum kehilangan berat badan dan selepas kehilangan berat badan. Ini tidak dibenarkan.

 

Mengandungi Maklumat Kewangan

Ini senang difahami. Rasa-rasanya Facebook ingin menghapuskan aktiviti-aktiviti “loan shark”.

 

Mengandungi Maklumat Had Masa

Sebagai contoh, saya ingin mengekalkan kepanasan pos saya buat sementara waktu. Jadi saya sengaja membuat penangguhan. Dan kemudian berkata: selepas beberapa hari, sila periksa label saya untuk melihat jawapannya. Ini tidak akan diluluskan.

 

Mengenai Dadah

Mengenai Tembakau

Typo/Terlalu Banyak Kesalahan Tatabahasa

Produk Dewasa/Khidmat Seks

Senjata/Senjata Api Dan Bahan Letupan

Maklumat Sensitif Atau Mengelirukan

 

Sekiranya pengguna mengadu tentang iklan anda, walaupun ia berada di peringkat awal pengiklanan, ia akan diperiksa semula atau dialih keluar. Saya cadangkan anda menyemak dasar pengiklanan dengan teliti sebelum membuat iklan Facebook.

Secara teliti, anda boleh melihat pautan berikut:

https://www.facebook.com/policies/ads/

 

Bercerita

Iklan ringkas juga dapat mengisahkan sebuah cerita. Semua orang suka mendengar cerita tanpa mengira usia. Malah cerita dapat membantu kita mengingati moral yang tersirat di belakangnya.

Contohnya: https://youtu.be/8Hm5Q2p_lJI

 

Cuba ceritakan produk anda. Ini akan menguatkan gambaran orang ramai terhadap produk anda.

Contohnya: https://youtu.be/iwbj40LGIvU

 

Salah satu jenis cerita terbaik adalah untuk memberitahu bagaimana untuk mengatasi pelbagai kesukaran untuk berjaya. Banyak filem dan rancangan TV sebenarnya menggunakan idea ini dan orang ramai memang suka menontonnya.

Contohnya: https://youtu.be/fwicURDoDI8

 

Pengiklanan di Facebook juga boleh menggunakan cara ini. Jika anda mempromosikan produk, anda boleh membawa mesej bagaimana watak itu boleh berjaya bergantung pada produk ini.

Contohnya: https://youtu.be/632CHpeHYZE

 

Gunakan Video

Algoritma Facebook sebenarnya sangat mesra dengan kandungan video berbanding kandungan teks. Ini bukan hanya kerana platform Facebook lebih suka video, tetapi pengguna Facebook juga menyukainya.

Data menunjukkan bahawa 50%+ daripada pengguna menonton video di Facebook setiap hari.

Jadi kemungkinan besar mereka juga akan berhenti menonton video produk anda.

Berikut adalah salah satu video Ikea yang amat berjaya untuk mempromosikan produknya.

https://youtu.be/5RNkQaDcRAc

 

Kandungan Menarik

Ramai orang membuat iklan Facebook secara sederhana, iaitu meletakkan produk di latar belakang, mengambil video atau foto. Akibatnya kos pengiklanan telah dibelanjakan tetapi tidak banyak menarik perhatian.

Untuk menarik perhatian, anda perlu membuat drama.

Cari kunci drama yang boleh dikaitkan dengan produk anda. Sebagai contoh, terdapat satu aplikasi video yang sangat popular di China bernama TikTok. Kebanyakan videonya menggunakan unsur dramatik dan malah kadang-kadang dibesar-besarkan.

Pernahkah anda membaca cerita hantu? Biar saya ceritakan satu kisah hantu:

Ada seorang lelaki bertengkar dengan teman wanitanya, dan lelaki itu membunuh wanita itu. Selepas itu, dia sangat bimbang tentang hantu wanita yang akan datang membalas dendam terhadapnya.

Dia sangat takut dan mencari bantuan seorang sami. Sami itu memintanya untuk mencuci pakaian berdarah teman wanitanya. Dan pakaian berdarah itu harus dicuci sebelum jam 12 pagi.

Jadi lelaki itu menggali mayat teman wanitanya dari kubur dan mengambil pakaian itu dan membasuhnya. Bagaimanapun, tidak kira bagaimana dicuci atau dibasuh, baju tetap berdarah dan tidak bersih.

Pada pukul 12 pagi, pakaian itu masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba angin yang kuat meniup pintu dan tingkap rumah lelaki itu. Teman wanitanya masuk dengan darah dan ketawa.

Kemudian hantu wanita itu bertanya kepada teman lelakinya: “Adakah anda tahu mengapa ia tidak bersih?”

Lelaki itu berkata “Tidak tahu.”

Hantu wanita berkata: “Kerana anda tidak menggunakan serbuk cuci jenama XYZ.”

Serbuk cuci cerita di atas

 

Tawaran Diskaun

Ya, jika boleh mendapatkan diskaun dan menjimatkan wang, pengguna akan lebih cenderung berbelanja.

Jika produk anda memang berkualiti dan pada masa yang sama diskaun diberikan, maka pengguna akan berhenti seketika membaca iklan anda, dan bahkan kebarangkalian melayari kedai online anda pun meningkat.

 

Bina Kredibiliti

Facebook lebih suka ulasan dan kadar interaksi yang tinggi dan sebenarnya bahagian komen adalah tempat yang bagus untuk meningkatkan kredibiliti.

Jika pengguna bertanya, jawab dengan cepat.

Ingat, sila jawab soalan secara profesional supaya produk kita nampak berkualiti. Apabila kita berinteraksi dengan pengguna, kita juga membina imej jenama kita sendiri.

Sudah tentu komen-komen negatif akan muncul dan komen negatif tidak semestinya buruk. Sama seperti ketika kita melayari kedai Lazada. Jika anda terlihat sesebuah kedai mempunyai semua komen positif tanpa satu ulasan yang tidak baik. Saya selalu merasa kurang percaya.

Kerana itu mustahil. Pasti ada orang yang mempunyai pendapat berbeza.

 

Dari Iklan Pendek Ke Iklan Panjang Sehingga Pemasaran Retargeting

Secara umumnya Facebook menggunakan iklan pendek. Kebanyakan iklan dalam masa 15-30 saat.

Oleh itu, jika terdapat terlalu banyak teks dalam gambar, iklan anda tidak akan diluluskan. Tetapi anda boleh meletakkan pautan di iklan Facebook agar ia ditujukan ke halaman iklan panjang anda.

Anda hanya perlu membuat iklan ringkas di Facebook kerana teks anda tidak akan dipaparkan selepas baris ketiga. Anda kena klik “See More” untuk membaca maklumat selanjutnya.

Iklan pendek ini seharusnya merupakan iklan jenis soft sell. Selepas itu, jangan lupa masukkan satu butang call-to-action yang akan membawa pengguna ke laman web anda di mana iklan jenis hard sell akan dipraktikkan di halaman itu.

 

Pengiklanan Interstisial

Iklan interstisial adalah sama seperti iklan ketika menonton TV. Anda menyaksikan TV dengan baik dan tiba-tiba ada iklan. Ini adalah iklan interstisial.

Ini juga cara iklan Facebook menggunakannya, iaitu pengguna mungkin melihat siaran kawannya, tetapi iklan tiba-tiba muncul di hadapan pengguna itu. Ini mengganggu pengguna tersebut dan oleh itu pada masa yang sama (dalam gangguan sedemikian) iklan anda juga perlu menarik.

Gangguan seperti ini tanpa amaran memerlukan kita membimbing pengguna dengan langkah demi langkah untuk mengenali produk kita. Jadi adalah sangat penting untuk membimbingnya untuk mengunjungi kedai kita.

Dalam erti kata lain, iklan kita bukan untuk memanggil pengguna berbelanja. Iklan kita perlu lebih mesra dan lebih meyakinkan. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah untuk memberikan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Sebagai contoh, “Anda selalu lupa bawa kunci? …”

 

Butang Call-To-Action

Jika iklan tidak mempunyai butang call-to-action, tidak kira seberapa baik kandungannya, iklan itu pun dianggap tidak baik. Butang call-to-action boleh sama ada “Learn more” atau “Shop now”. Secara ringkasnya, cuba kurangkan langkah-langkah pelanggan membeli produk anda.

Pelanggan tidak suka proses pembelian yang panjang.

Oleh itu, jika butang call-to-action membawa pelanggan ke Google untuk mencari kedai online anda. Adakah pelanggan akan membuat carian di Google? Biasanya tidak. Akibatnya anda akan kehilangan banyak pelanggan.

 

Cipta Satu Halaman Facebook Untuk Menyiarkan Iklan Anda

Untuk mewujudkan komuniti peminat Facebook, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk mencipta satu halaman Facebook dan menulis pos berkaitan.

Kandungan tidak perlu panjang, anda juga boleh berkongsi sesuatu artikel yang ditulis oleh orang lain. Pada dasarnya kongsikan apa yang anda fikir peminat anda mungkin suka. Di samping artikel, anda juga boleh berkongsi video, foto dan sebagainya.

 

Buat Peraduan

Lakukan aktiviti-aktiviti peraduan di Facebook.

Anda boleh menetapkan peraduan untuk menang. Anda boleh memberikan produk percuma yang boleh merangsang penyertaan pengguna. Anda menawarkan hadiah percuma dan pengguna memberi anda pendedahan percuma, tidak kira apa platform sosial, Facebook atau Instagram. Ini adalah kaedah pemasaran win-win situation.

 

Kekalkan Relevansi

Iklan Facebook yang diposkan seharusnya relevan kepada audiens kita kerana:

• Jika iklan itu berkaitan dengan pengguna, maka pulangan pelaburan akan lebih tinggi.
• Mengurangkan aduan terhadap iklan.
• Boleh diluluskan (dasar pengiklanan Facebook: semua kandungan yang terdapat dalam iklan, termasuk teks, imej, atau media lain, mesti berkaitan dengan audiens)

 

Landing Page Harus Konsisten Dengan Iklan Facebook

Halaman pendaratan (landing page) yang kita sambungkan mestilah konsisten dengan kandungan iklan.

Tetapi ramai orang yang tidak perasan bahawa Facebook juga akan menyemak landing page iklan mereka.

Sebagai contoh, jika iklan anda menjual pakaian wanita. Tetapi landing page disambungkan ke halaman hartanah. Facebook pasti tidak akan meluluskan iklan anda.

 

Reka Bentuk Iklan Video Yang Khusus Untuk Muting

Ramai pengguna Facebook menonton video dengan mod muting seperti saya.

Oleh itu, kita harus membuat kandungan video kita difahami oleh jenis pengguna ini walaupun bunyinya disenyapkan. Cara paling baik adalah menambah sari kata.

Data menunjukkan bahawa 85% pengguna Facebook menonton video dengan mod muting.

Jadi, video kita harus disertakan sari kata seperti iklan ini:

 

Ulasan Pengguna

Jika kedai Shopify anda mempunyai banyak pujian, anda boleh memaparkan pujian pengguna ini sebagai maklumat teks iklan anda.

Sekiranya tidak ada komen, maka buat komen palsu. (tidak ada cara lain, hidup ini penuh paksaan)

Semua orang suka melihat komen dan cadangan pengguna lain, bukan sekadar pemilik kedai yang mengatakan produknya baik.

Tetapi bagaimana jika anda mempromosikan produk baru? Bagaimana jika tiada komen? Kita boleh menghantar produk kepada orang lain dan biarkan mereka menilai. Ini dipanggil “product review”. Banyak jenama popular menggunakan cara ini dan ia memang berkesan.

 

Kongsi Kandungan Berbeza Selain Jualan

Jangan setiap hari menyiarkan iklan berbentuk jualan kepada prospek. Mereka akan berasa bosan dan muntah.

Kadang-kadang kita boleh menghantar kandungan yang tidak begitu fokus dalam pengiklanan. Umpamanya aktiviti syarikat atau berkongsi beberapa cerita jenama dan sebagainya.

Sebagai contoh:

 

Buat Iklan Untuk Menjejaki Pengguna Yang Telah Melawat Laman Web Kita

Ramai orang yang membuat iklan Facebook pada dasarnya cenderung menjejaki pengguna baru. Atau lebih suka mencari liputan audiens yang lebih luas.

Walau bagaimanapun, adalah lebih cekap untuk mengesan pengguna-pengguna yang telah berhubung dengan kita sebelum ini. Ini kerana mereka pernah melihat jenama kita, maka kebarangkalian mereka membeli adalah lebih tinggi.

Jadi bagaimana kita menetapkannya?

Langkah pertama ialah memasuki Facebook Business Manager.

Langkah kedua, pilih Settings, Pixels.

Langkah ketiga, pilih “Create Custom Audience“.

Langkah keempat, pilih semua pelawat laman web.

Selesai.
Sudah tentu, jika anda mempunyai idea sendiri, anda boleh membuat pilihan lain:

 

Pantau Data Rekod

Pengiklanan bukan dilakukan sebarangan. Kita perlu memantau data dengan kerap. Pemantauan data berada di Facebook Business Manager.

Langkah pertama ialah memilih “Custom conversions“.

Langkah kedua ialah memilih kategori yang ingin anda jejaki.

Terdapat banyak jenis kategori di sini, termasuk “Add Payment Info”, “Add to Cart”, “Add to Wishlist” dan sebagainya boleh direkodkan.

Bahagian ini adalah fungsi pemasaran semula (retargeting) Facebook. Jika kita pandai menggunakan fungsi ini, ia akan memainkan peranan yang sangat penting dalam conversion rate.

Di sini saya harus mengingatkan anda bahawa anda perlu membina corong (sales funnel) di peringkat retargeting. Kadang-kadang anda tidak perlu bergantung kepada satu jenis produk untuk mengaut keuntungan.

Kaedah ini digunakan oleh banyak orang. Pertama landing page ditujukan kepada prospek kita. Kedua prospek membaca ayat jualan di dalam landing page. Ketiga prospek membuat keputusan sama ada membeli produk kita.

Gaya permainan ini masih sangat asas. Anda perlu membina sales funnel dan menjualnya dengan produk lain. Tidak kira sama ada pengguna klik butang pembelian atau tidak kira apa yang diklik oleh pengguna, anda sebagai peniaga pun boleh mendapat manfaat daripadanya.

Cuba fikir cara yang saya sarankan ini. Ia amat berkesan.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.09.19)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!