
Isi Kandungan
Hari ini kita akan menganalisis kedai Shopify HAK5 yang langsung tidak membuat iklan berbayar tetapi berjaya menarik berjuta-juta pelanggan!
Jika anda tidak memberi perhatian kepada kedai ini, sukar untuk anda berhenti seketika untuk melayarinya kerana kategori produk kedai ini terlalu vertikal.
Produk-produk kedai ini tertumpu pada bidang keselamatan rangkaian, seperti encrypted USB flash drive, buku keselamatan rangkaian, anti-hacker router dan sebagainya.
Selain produk keselamatan, terdapat beberapa jenis peranti khususnya digunakan untuk memintas maklumat.
Anda mungkin juga berminat artikel di bawah ini:
Pendedahan Eksklusif Rahsia Reka Bentuk Kedai Shopify | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Adakah Anda Tahu Betapa Hebatnya Kedai Ini?
Jumlah trafik HAK5 stabil setiap bulan, kira-kira 300,000. Kebanyakan trafiknya dari Amerika Syarikat dan Eropah. Trafik langsung dan trafik carian masing-masing menyumbangkan 38% dan 40% daripada keseluruhan sumber trafik.
Trafik sosial hanya 13%. Maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa kos pengiklanan sangat kecil. Ia bergantung kepada trafik carian yang tepat dan trafik pelanggan lama.
(PS: Trafik pada bulan Sept 18 dan sebelumnya tiada rekod kerana saya dapati bahawa laman web ini telah membuat perubahan, iaitu dari nama domain lama https://hakshop.com ke https://shop.hak5.org)
Jangan merasakan bahawa trafik bulanan HAK5 adalah kecil. Kita kena ingat bahawa trafik utamanya dari enjin carian. Sekarang syarikat ini pada dasarnya hanya perlu goyang kaki tunggu wang masuk sahaja.
Mungkin produk ini kurang mendapat perhatian dari orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Ini adalah kerana kita tidak begitu mengambil berat tentang isu keselamatan rangkaian dan perlindungan privasi maklumat.
Tetapi ini berbeza kepada orang putih.
Lihatlah isu kebocoran data pengguna Facebook pada March 2018 yang membawa impak besar kepada masyarakat sehingga CEOnya Mark Zuckerberg terpaksa menghadiri sesi soal jawab dengan senator AS di Capitol Hill di Washington.
Pucat muka Encik Mark! 🙂
Untuk mendapat trafik, perkara utama yang pemilik kedai Shopify buat adalah melalui pengiklanan. Sebagai contoh, iklan Google, iklan Facebook. Semua bajet fokus pada iklan berbayar. Tetapi kedai HAK5 pada dasarnya tidak melakukan apa-apa pengiklanan, dan bahkan boleh dikatakan tidak membuat iklan sepenuhnya.
Jangan bandingkan permintaan produk HAK5 dengan barangan keperluan harian kita. Sudah tentu permintaannya jauh lebih rendah daripada telur dan ikan. Hahahaha.
Bagaimana Keadaan Semasa Kedai Ini Tanpa Iklan Berbayar?
Berapakah Nilai Anggaran Kedai Ini?
Mari lihat pada nilai anggaran laman web ini. Di sini saya gunakan WorthOfWeb untuk menganalisis:
Wow…USD 82 ribu! Nilai ini ditukarkan kepada Ringgit Malaysia adalah 333,658. Nilai ini sangat tinggi. Tanpa kos pengiklanan, jadi hanya tertinggal kos produk, yang lain semua keuntungan.
Sumber Trafik Kedai Ini
Oleh kerana tidak ada pengiklanan, mesti ada cara lain yang lebih kuat untuk mendapatkan trafik. Mari lihat keadaan trafik mereka, di sini saya gunakan SimilarWeb untuk menganalisis:
Dari pembahagian sumber trafik, kita dapat melihat bahawa kebanyakan trafik di kedai ini datang dari trafik langsung dan enjin carian. Trafik dari sosial iklan lebih kurang 13%.
Adakah Kedai Ini Membuat SEO?
Oleh itu, fokus utama laman web ini besar kemungkinan adalah membuat pemasaran kandungan dan SEO.
Lihat sini, carian berbayar adalah 0! Dan kebanyakan kata kunci carian adalah nama jenama mereka, seterusnya di bawah adalah nama produk mereka sendiri.
Kedai ini langsung tak buat iklan berbayar!
Trafik Sosial Utama Kedai Ini
Oleh kerana terdapat trafik sosial sebanyak 13%, maka kita patut menganalisis dari mana trafik sosial ini datang. Adakah ianya dari kesan selebriti atau kempen seperti pemberian hadiah percuma?
Rupa-rupanya sebilangan besar trafik sosial mereka berasal dari YouTube. Facebook dan Reddit mempunyai sedikit.
Trafik YouTube mereka sangat kuat (92%). Maka dengan itu saya harus mengintip apa yang berlaku di saluran YouTube mereka.
Saluran YouTube Kedai Ini
Dengan dekat 500 ribu langganan, tidak hairanlah bahawa kedai mereka boleh menjana trafik yang begitu banyak.
Terdapat lebih daripada 1,000 video di YouTube mereka. Kandungan apa yang dihasilkan oleh mereka sehingga dapat menarik banyak langganan?
Sekilas imbas video-video mereka yang bermula dengan HOW TO. Jenis video ini adalah sangat praktikal dan mudah dipelajari. Dan terdapat juga video panjang dengan durasi hampir sejam. Bukan senang menghasilkan video berkuailiti sebegini. Malah video mereka sentiasa dikemaskini.
Walaupun tajuk kandungan yang dibuat kelihatan lebih praktikal, tempohnya lebih panjang, dan langganan lebih banyak. Tetapi itu tidak bermakna bahawa saluran YouTube mereka mestilah sangat berautoriti.
OK. Mari kita lihat pada autoriti saluran YouTube HAK5.
Gunakan moz untuk menganalisis: https://moz.com/link-explorer
72, nombor ini adalah Page Authority yang bermaksud bahawa laman ini sangat dipercayai dan akan membawa banyak trafik ke laman web ini. Nilai ini sangat tinggi!
Saya juga mengatakan sebelum ini bahawa kedai ini tidak mempunyai sebarang iklan atau iklan sosial. Maka pada asasnya kedai ini cuma bergantung pada pemasaran kandungan dan SEO.
Bagaimana Kedai Ini Membuat SEO?
Mari kita lihat bagaimana kedai ini membuat SEO.
Mereka mempunyai 468 kata kunci dalam ranking, dan 101 kata kunci berada dalam kedudukan teratas. Ini sangat kuat, ditambah dengan 60 kata kunci berada dalam kedudukan 4-10. Ini bermaksud laman web ini terdapat 161 (101+60) kata kunci pada halaman pertama hasil carian Google.
Ini juga bererti lebih kurang satu per tiga daripada kata kunci mereka mendominasi halaman pertama hasil carian Google. (468 bahagi 161 = 2.9 ≃ 3.0)
Inilah sebab UTAMA trafik carian dan trafik langsung HAK5 sangat tinggi.
Berapa Backlinks Kedai Ini Ada?
SEO mempunyai 2 kunci utama: kandungan yang baik (pemasaran kandungan) dan satu lagi adalah backlinks (pembinaan pautan luar).
Oleh itu, mari kita lihat backlinks mereka. Di sini saya menggunakan MOZ, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Sebanyak 62.3k backlinks yang agak mengagumkan. Maka adalah munasabah trafik HAK5 tinggi.
Dan backlinks teratas adalah dari YouTube. Jadi adalah amat penting jika anda mempunyai satu platform sesuai untuk outputkan kandungan anda.
Selepas menganalisis strategi trafik dan pemasaran HAK5, mari kita kembali ke kedai mereka untuk melihat struktur susun atur laman web mereka.
Susun Atur Kedai Ini
Laman web HAK5 terdiri daripada 3 bahagian utama seperti berikut:
• Padanan warna keseluruhan
• Produk panas
• Kategori produk
Susun atur laman web ini sangat mudah dan jelas, tanpa banyak corak yang bukan-bukan.
Padanan Warna Keseluruhan
Terdapat hanya 3 warna untuk keseluruhan laman web: hitam, putih dan merah.
Padanan warna ini kelihatan sangat high-class, tidak membosankan, dan jelas tidak menyakitkan mata. Ini adalah kerana kedai ini menjual produk berteknologi tinggi, bukan kecantikan atau pakaian yang adakalanya memerlukan warna yang bersinar-sinar.
Produk Panas
Kategori Produk
Klasifikasi produk adalah berdasarkan kepada kegunaan, seperti WiFi, perkakasan penyimpanan maklumat, dan sebagainya.
Setelah membaca kategori produk, perhatikan laman produk mereka.
Laman produk mereka jelas dan ringkas.
Satu gambar, satu penerangan terperinci, satu butang “call-to-action”, satu senarai butang perkongsian sosial. Itu sahaja.
Aplikasi Yang Digunakan Dalam Kedai Ini
Mari kita lihat aplikasi atau plugin yang digunakan untuk membina laman web ini.
Kita boleh menggunakan Shopify Inspector untuk menyemak tema laman web ini, plugin yang dipasang dan keadaan trafik dan banyak lagi.
https://chrome.google.com/webstore/detail/shopify-inspector-inspect/hjbfbllnfhppnhjdhhbmjabikmkfekgf
Ini adalah aplikasi Google Chrome yang boleh anda pasangkan di Google Chrome.
Aplikasi Shopify yang digunakan dalam HAK5:
• Free Shipping Bar by Hextom
• Last Second Coupon by Hextom
• Signifyd
• Social Media Icons
• Form Builder ‑ Easy Free Forms
• Countdown Timer Bar by Hextom
• OrderLogic ‑ Min & Max Limits
• Neat A/B Testing
Free Shipping Bar by Hextom
https://apps.shopify.com/free-shipping-bar
Jika kedai anda juga melakukan aktiviti “penghantaran percuma”, maka anda boleh menggunakan aplikasi ini seperti kedai HAK5.
Last Second Coupon by Hextom
https://apps.shopify.com/last-second-coupon
Aplikasi ini terutamanya secara automatik boleh menjana kupon diskaun sebelum pelanggan meninggalkan laman web kita agar mengurangkan abandoned cart (syarat di mana pembeli sudah memilih barang yang akan dibeli namun tidak jadi melakukan check-out transaksi, sehingga tidak terjadi pembelian)
Signifyd
https://apps.shopify.com/signifyd
Aplikasi ini boleh mengenalpasti secara automatik potensi penipuan e-dagang agar mengurangkan kerugian pemilik kedai.
Social Media Icons
https://apps.shopify.com/social-media-icons-app
Ini adalah butang perkongsian sosial pada halaman produk, dan kita boleh memilih butang yang hendak ditunjukkan kepada pelanggan. Sebagai contoh, jika anda tidak mempunyai Instagram, anda boleh memilih untuk tidak memaparkan butang Instagram.
Form Builder ‑ Easy Free Forms
https://apps.shopify.com/powr-form-builder
Aplikasi ini memudahkan kita mencipta borang yang diingini. Terdapat 20 elemen berbeza untuk menghasilkan borang mengikut kesesuaian anda.
Countdown Timer Bar by Hextom
https://apps.shopify.com/event-promotion-bar
Aplikasi ini menggalakkan pelanggan supaya membeli dengan cepat dengan menambah pemasa countdown di halaman produk.
OrderLogic ‑ Min & Max Limits
https://apps.shopify.com/orderlogic
Secara ringkasnya, aplikasi ini membolehkan kita menetapkan bilangan produk minimum dan maximum yang ingin dijual.
Neat A/B Testing
https://apps.shopify.com/neat-ab
Aplikasi ini berupaya melakukan A/B testing yang ringkas untuk meningkatkan hasil jualan pemilik kedai Shopify.
Kesimpulan
Setelah menganalisis kedai ini, apa kesimpulan yang boleh dibuat?
Kejayaan kedai ini adalah berdasarkan SEO, ataupun bergantung pada pemasaran kandungan untuk menjana banyak trafik.
Content is KING! Content is KING! Content is KING! Perkara penting mesti diulangi 3 kali.
Walaupun pemasaran kandungan agak lambat menampakkan kesan, tetapi ia sangat penting.
Saya akan menulis lebih banyak artikel mengenai pemasaran kandungan. Saya berharap semua orang akan memberi perhatian kepadanya.
Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.
Selamat membaca.
(2019.06.06)
