Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Akaun Facebook Palsu? Kongsikan 6 Cara Yang Saya Guna.

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Akaun Facebook Palsu?

Apabila kita mempunyai akaun Facebook, kita sering menerima permintaan rakan (friend request) daripada orang yang tidak dikenali. Kita tidak pasti sama ada itu merupakan akaun Facebook palsu atau tidak.

Adakah kita mahu lulus permintaan mereka?

P.S. Jangan tambah kawan-kawan sesuka hati jika anda mendaftar akaun Facebook yang baru. Jika tidak, kemungkinan besar akaun anda akan diharamkan.

Saya cadangkan anda memeriksa maklumat orang itu mengikut kriteria yang saya nyatakan sebentar lagi. Walaupun anda tidak boleh 100% menentukan sama ada ia adalah akaun Facebook palsu, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan risiko meluluskan permintaannya.

Anda mungkin juga berminat artikel di bawah ini:

Bagaimana Menggunakan Bot Sembang Messenger Facebook Untuk Menjana Trafik?

 

Lihat Avatar

Di sebalik avatar gadis-gadis Facebook……….Kemungkinan mereka adalah sekelompok lelaki kuat dan tegap dari Afrika.

Apabila melayari halaman Facebook orang lain, anda harus belajar melihat avatar terlebih dahulu.

Di dalam keadaan biasa, akaun Facebook palsu menggunakan lebih banyak avatar wanita, seperti gambar amoi cantik atau seksi. Tujuan utama mereka adalah untuk menarik pengguna lain untuk bersembang.

Sekiranya anda mempunyai keraguan mengenai avatar (seperti gambar amoi cantik), simpan gambar dan kemudian cari foto itu di Internet.

Pergi ke carian Imej Google dan seret gambar tersebut ke dalam kotak carian. Google akan menyemak gambar itu secara automatik untuk anda.

Anda juga boleh menyalin URL gambar dan tampal URL dalam carian Imej Google.

https://images.google.com/

Dalam hasil carian, jika gambar ini juga muncul di laman web lain, seperti laman muat turun imej, laman web dating, terutama laman web dewasa, besar kemungkinan akaun Facebook itu palsu.

Anda juga boleh menyemak gambar di TinEye.

https://www.tineye.com/

Lihat hasil carian, sama ada gambar itu muncul di laman web lain. Lihat gambar di bawah, 0 keputusan. Ini menunjukkan bahawa gambar ini mungkin gambar sebenar orang itu. Akaun Facebook itu mungkin bukan palsu.

 

Lihat Timeline

Akaun Facebook palsu pada umumnya mempunyai sesuatu yang sama pada timeline:

• terutamanya wanita (sudah tentu bukan semua akaun wanita adalah akaun palsu)
• jarang mengemaskini pos, atau hampir tidak ada orang mengulas posnya
• foto yang dimuat naik jarang ada tag kawan, atau jarang ditagkan oleh rakan-rakan
• kemas kini biasanya adalah pautan spam

 

Lihat Profil Peribadi

Akaun Facebook palsu biasanya tidak terdapat maklumat di bahagian profil, yang ada hanya nombor telefon. Tetapi secara umum, akaun sebenar tidak akan memaparkan maklumat seperti telefon secara terbuka.

Pemilik akaun palsu sangat malas, atau mereka tidak akan mengisi maklumat di mana mereka berada, di mana mereka bekerja, atau hanya mengisi bandar popular, seperti:

• Guru di Universiti New York
• Tinggal di New York
• Dari New York

 

Lihat Kawan-kawan Mereka

Mula-mula lihat jumlah kawan-kawan mereka. Akaun Facebook yang ada beribu-ribu kawan jarang dijumpai. Jadi, lihat akaun yang terdapat beribu-ribu kawan. Bersiap sedia, mungkin ini adalah akaun palsu.

Kedua, mari lihat di mana kawan mereka. Rakan-rakan tempatan yang lebih banyak bermaksud lebih cenderung sebagai akaun sebenar. Jika orang-orang dalam senarai kawan adalah orang dari seluruh dunia dan hanya terdapat beberapa rakan setempat, anda perlu berhati-hati.

 

Lihat Aktiviti Pengguna

Orang yang benar-benar mahu menggunakan Facebook akan sentiasa mengemaskini status mereka.

Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang akaun, lihatlah aktiviti-aktiviti terbaru mereka. Sekiranya dia kerap mengemaskini pos, menghantar foto, dan ditag oleh rakan, ia mungkin akaun sebenar.

Jika dia hanya menambah rakan baru, tidak pernah like halaman, atau tidak menyertai mana-mana kumpulan, ia mungkin akaun Facebook palsu. Dia membuka akaun ini hanya untuk menambah rakan, dan mungkin perlu menjual sesuatu kemudian.

 

Hari Lahir Adalah 1 Januari

Pengguna yang ada akaun Facebook palsu mungkin tidak begitu mementingkan maklumat peribadi. Mereka akan menetapkan hari lahir pada 1 Januari untuk memudahkan peringatan. Oleh itu, apabila anda melihat akaun sedemikian, kenalah berhati-hati.

Saya berharap petua kecil ini dapat membantu anda mengenal pasti akaun Facebook yang benar atau palsu.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.08.15)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!