Mahu Membina Laman Web B2C, Apa Sistem E-Dagang Yang Harus Saya Pilih?

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Mahu Membina Laman Web B2C, Apa Sistem E-Dagang Yang Harus Saya Pilih?

Tidak kira sama ada anda mempunyai bisnes di platform seperti Amazon, AliExpress, eBay, atau anda sendiri adalah tauke kilang tradisional, secara amnya anda mempunyai masalah berikut:

“Victor, saya ingin membina laman web B2C. Sekiranya saya menggunakan Magento untuk membinanya, OK tak? Atau kena menggunakan Opencart, Shopify, atau WordPress?”

Ya, ini adalah soalan yang sangat lumrah dihadapi. Sistem mana yang harus digunakan oleh pengguna untuk membuat kedai online B2C mereka sendiri?

Sebelum memutuskan sistem mana yang hendak digunakan, mari kita bandingkan kelebihan dan kekurangan Magento, Opencart, PrestaShop, WordPress dan Shopify.

 

Apa Itu Laman Web B2C?

Business-to-Consumer (B2C) adalah model Internet dan elektronik (e-dagang) yang menunjukkan transaksi kewangan atau jualan dalam talian antara perniagaan dan pengguna. B2C melibatkan pertukaran perkhidmatan atau produk dari perniagaan kepada pengguna, iaitu dengan menjual produk kepada pengguna.

 

Magento

Kelebihan:

Magento adalah sistem sumber terbuka yang paling kuat dalam semua sistem ini. Fungsi pengembangan (expandability) dan pemasarannya sangat baik, dan anda boleh menambah fungsi pada masa akan datang.

Oleh itu, Magento amat sesuai untuk mereka yang merasakan bahawa mereka akan membina laman web dengan lebih baik pada masa akan datang, mempunyai trafik yang agak besar, dan akan terus berkembang pada masa akan datang.

Sekiranya anda mempunyai pasukan sokongan teknikal, maka Magento boleh digunakan.

 

Kelemahan:

Magento juga merupakan sistem yang paling kompleks dalam semua sistem, sama ada dalam pemasangan dan penggunaan.

Oleh kerana Magento mempunyai “expandability” yang sangat kuat, dan ini mengakibatkan penggunaan sumbernya pun agak tinggi. Maka kelajuan Magento lebih perlahan berbanding sistem lain.

Di samping itu, terdapat banyak masalah operasi di latar belakang Magento, di mana hanya boleh diselesaikan oleh pengaturcara dengan pengetahuan profesional tertentu.

Satu lagi ialah latar belakang Magento memerlukan pengendali meluangkan masa untuk beroperasi dan membiasakan diri, dan operasi latar belakang lebih sukar daripada yang lain.

Dari sudut pandangan ini, penjual kecil sukar menguasai Magento, terutamanya mereka yang berpindah dari platform ke laman web sendiri. Ini kerana laman web pada asasnya kosong, jadi tidak digalakkan menggunakan Magento.

Walau bagaimanapun, jika syarikat anda besar dan mempunyai sumber yang banyak, Magento merupakan pilihan yang baik dalam jangka masa panjang.

 

Opencart

Kelebihan:

Opencart adalah sistem e-dagang yang agak ringan. Prosesnya mudah dan jelas dan operasinya agak mudah. Senang dipelajari dan dapat memenuhi keperluan kebanyakan penjual.

Oleh itu, Opencart lebih sesuai untuk e-dagang kecil dan sederhana.

 

Kelemahan:

Berbanding dengan Magento, pengembangan Opencart kurang memuaskan.

 

PrestaShop

Kelebihan:

PrestaShop adalah sistem yang mudah digunakan dengan latar belakang yang ringkas dan agak mudah dipasang. Ia juga terdapat banyak plugin.

Sesuai untuk keperluan kebanyakan pengguna.

 

Kelemahan:

Berbanding dengan Magento, pengembangan PrestaShop kurang memuaskan.

 

WordPress

Blog YesVictorLai.com ini dicipta dengan menggunakan WordPress. Sebenarnya, WordPress adalah CMS (Content Management System) yang terbaik untuk laman blog.

Ramai orang menggunakan WordPress untuk membina kedai online. Pada asasnya, saya tidak sangat bersetuju. Melainkan laman web anda adalah B2B untuk tujuan paparan sahaja dengan bilangan produk yang tidak banyak.

Banyak laman web B2B suka memilih WordPress + WooCommerce sebagai padanan. Saya rasa masih sesuai.

Walau bagaimanapun, jika laman web anda adalah jenis B2C (produk sangat banyak), di mana shopping cart diperlukan, saya tidak mengesyorkan WordPress.

 

Shopify

Sejak kebelakangan ini Shopify adalah platform laman web pihak ketiga yang agak panas. Ia adalah sebuah platform “simple and easy to use” iaitu anda hanya perlu membeli plugin, templat dan memasangnya.

Kelebihan:

Shopify adalah sistem pihak ketiga. Pengguna hanya perlu memilih templat kegemaran mereka dan menambah plugin mereka sendiri. Ia sangat mudah dan pada asasnya tidak memerlukan pengaturcara. Ia sesuai untuk pengguna kecil yang ingin menjimatkan masa.

 

Kelemahan:

Anda tidak boleh memasang sendiri, anda hanya boleh memilih templat. Kosnya tinggi dan tidak munasabah, dan sangat menyusahkan untuk memperibadikan paparan dan pengembangan laman web pada masa akan datang.

Tema: Terdapat banyak tema percuma untuk dipilih. Sudah tentu, kebanyakannya berbayar, lebih kurang $180 ke atas.

Caj Shopify: Shopify menawarkan tiga pelan bulanan berbayar, iaitu $29, $79 dan $299. Caj program bulanan berbeza dan tahap sokongan yang berbeza tersedia. Sila lihat carta di bawah untuk kos pelan bulanan yang berlainan.

Semua di atas adalah yuran yang dikenakan oleh Shopify, dan terdapat yuran tambahan lain untuk kedai online anda, terutamanya:

Yuran transaksi lain jika saluran pembayaran bukan menggunakan Shopify Payments.

Sebagai contoh: penggunaan Paypal. Selain Shopify akan mengenakan bayaran 2%, Paypal juga akan mengenakan bayaran untuk setiap transaksi.

Untuk transaksi merentas sempadan, yuran transaksi Paypal ialah: Harga tempahan x 3.9% + 30 sen

Di samping itu, pemasangan plugin juga memerlukan kos.

Jadi walaupun Shopify mudah digunakan, tetapi anda perlu menanggung “kos tetap” setiap bulan tidak kira sama ada terdapat jualan atau tidak.

Untuk peniaga kecil, anda mesti faham bahawa pada mulanya kedai online Shopify anda tidak akan ada trafik kerana produk anda perlu dimuat naik, laman web mesti dioptimumkan, strategi pemasaran harus ditetapkan. Ini memerlukan banyak masa.

Tetapi pada masa yang sama, “kos tetap” anda terus berjalan. Oleh itu untuk jangka masa panjang, kos yang ditanggung juga sangat tinggi. Jika tiada trafik selama beberapa bulan, rasa-rasanya kebanyakan peniaga kecil akan menutup kedai Shopify mereka.

Dengan itu, anda sebagai peniaga perlu sedar bahawa setakat mana kemampuan anda “bertahan”. Satu bulan? Dua bulan? Tiga bulan? Setengah tahun? Atau satu tahun?

Sekiranya anda menggunakan Magento, Opencart, Prestashop, ataupun WordPress, masalah kos tetap bulanan tidak akan berlaku.

Lebih-lebih lagi, saya fikir ada satu caj yang tidak munasabah. Kenapa Shopify perlu mengenakan caj transaksi (2%, 1.5% dan 0.5%) untuk setiap tempahan anda?

Padahal kita semua tahu bahawa Shopify tidak memberikan anda sebarang trafik untuk kedai online anda!

Amazon mengenakan 15% komisen boleh difahami kerana konsep Amazon ialah listing dan bukan kedai.

Pastikan anda faham games ini!

 

Kesimpulan

Sebenarnya, sistem pembinaan pelbagai kedai online e-dagang atau  laman web b2c mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka sendiri. Anda perlu memilih yang sesuai dengan keadaan anda.

Jika anda mempunyai pasukan profesional, sokongan teknikal yang kuat, dan laman web yang ingin berkembang dalam jangka panjang, anda boleh mempertimbangkan Mangeto.

Sekiranya anda merupakan tauke kilang B2B, dan anda ingin membuat shopping cart yang mudah, fungsi yang tidak perlu terlalu rumit, anda boleh mempertimbangkan WordPress + WooCommence.

Sekiranya produk anda sedikit sahaja, dan pasukan anda pun kecil, anda boleh mempertimbangkan Opencart.

Sekiranya anda rasa bahawa tiada trafik di peringkat awal bukan satu masalah kewangan, dan tidak kira sama ada kod sumber laman web di masa depan berada di tangan anda sendiri, anda boleh mempertimbangkan Shopify.

Jika produk anda bukan terlalu banyak, dan konfigurasi pelayan web atau ruangan web anda adalah sederhana. Maka anda boleh mempertimbangkan PrestaShop.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.09.05)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!