
Isi Kandungan
Kita telah berbincang berkali-kali sebelum ini, adakah anda dapati bahawa syarikat e-dagang merentas sempadan yang berjaya sering memenuhi keperluan pengguna? Malah banyak kali, produk mereka adalah produk popular yang memimpin pasaran.
Tetapi anda tahu, bukan perkara mudah untuk mencari produk popular.
Kadang-kadang, apabila anda menemui produk popular, tetapi anda dapati bahawa sudah terlambat kerana pasarannya telah didominasi oleh syarikat tertentu.
Kadang-kadang, anda menemui trend sesuatu produk, tetapi anda tidak tahu bagaimana memulakannya.
Artikel hari ini adalah tentang “Bagaimana memilih produk popular?”. Selepas membaca artikel ini, anda akan faham beberapa kaedah dan alat untuk digunakan untuk memilih produk.
Manfaatkan Google Trends
https://trends.google.com/trends/
Alat ini adalah mandatori! Jika anda tidak boleh menentukan sama ada sesuatu produk ada pasaran, sama ada produk tersebut boleh membawa jualan, maka saya cadangkan anda manfaatkan Google Trends.
Mula-mula anda perlu mencari trend kepopularan dan tahap penjualan sesuatu produk. Bayangkan jika trend produk menurun tahun demi tahun, adakah ia mempunyai peluang besar untuk “meletup”?
Google Trends adalah alat percuma yang bukan hanya melihat jumlah produk carian, tetapi juga sama ada trend produk meningkat atau jatuh. Bonus tambahan ialah anda boleh mengetahui jumlah carian di rantau yang berbeza.
Contohnya, jika anda bercadang untuk menjual suplemen protein whey, anda boleh menyemak kepanasan dan trend serbuk protein pada Google Trends.
Melalui carian, anda dapat mengetahui bahawa serbuk protein masih agak popular, tetapi turun naiknya besar. Dari keadaan semasa, trend keseluruhan merosot. Jadi anda harus mempertimbangkan produk lain.
Cuba kaji kolagen.
Trend keseluruhan meningkat untuk kolagen. Kepopularan kolagen tidak menurun.
Apa kata kita membuat perbandingan.
Sekarang amat jelas mana satu produk yang harus dipilih.
Gunakan Pelbagai Alat E-dagang Untuk Mencari Produk Popular
Sebagai tambahan kepada trend produk melalui Google Trends, anda juga boleh menggunakan alat e-dagang yang berbeza untuk mencari produk popular.
Ada begitu banyak alat seperti ini. Berikut adalah tiga alat utama: Alibaba, Amazon dan eBay:
Produk Popular Alibaba – https://yesvictorlai.com/81co
Produk Popular Amazon – https://yesvictorlai.com/mam7
Produk Popular eBay – https://yesvictorlai.com/qxrk
Di samping itu, terdapat beberapa sumber laman web yang boleh membantu penjual memilih produk.
Sebagai contoh, JungleScout – https://www.junglescout.com/
Maklumat di laman web ini bukan percuma, kerana datanya sangat profesional dalam meneliti produk di Amazon.
Data di JungleScout boleh membantu penjual mencari produk yang berkeuntungan tinggi serta permintaan tinggi dengan lebih mudah.
Tumpukan Pada Influencer Di Pasaran Khusus
Mengapa kita harus menggali produk dari influencer?
Pernahkah anda dapati bahawa influencer bermakna bahawa mereka yang ada banyak pengikut dan ada pengaruh sosial tertentu, serta memimpin trend pasaran secara umumnya. Oleh itu, adalah satu idea yang baik untuk mencari trend produk melalui rangkaian influencer.
Perhatikan influencer di pasaran khusus anda. Lihat produk yang dicadangkan oleh mereka di media sosial. Produk itu mungkin akan menjadi produk popular.
Kongsi satu kes di sini:
Casey Neistat adalah seorang blogger video terkenal. Dia telah memberi perhatian kepada skateboards elektrik untuk masa yang lama, dan telah berkongsi pelbagai video di YouTube untuk memperkenalkan ciri-ciri skateboards elektrik.
Saluran videonya melebihi 10 juta langganan (wow…kenapa bukan saya?)
https://www.youtube.com/user/caseyneistat
Hari ini, skateboard elektrik telah menjadi produk yang popular, dan jualan semakin meningkat.
Kajian kes:
Cari beberapa influencer yang seringkali diikuti oleh penonton sasaran anda, dan kemudian menyelidik produk apa yang dicadangkan oleh mereka.
Lebih-lebih lagi, ketahui jenama mana yang disukai oleh mereka. Maklumat ini boleh menjadi sangat membantu untuk mencari produk yang popular.
Apa yang anda lakukan selepas mencari produk sedemikian? Bagaimana anda melakukannya?
Selepas mencari produk sedemikian, apa yang perlu anda lakukan ialah mencari produk di Facebook. Klik pada tab video, dan lihat berapa banyak produk itu dipromosikan di Facebook.
Mengapa anda mahu melakukan ini?
Oleh kerana pengiklanan kini menjadi saluran yang sangat penting, jika produk anda terdedah untuk waktu yang lama, maka saya minta maaf, kemungkinan besar produk itu telah tidak begitu popular lagi.
Dan sekarang anda membuat iklan dengan produk yang serupa. Pengguna telah dibomkan oleh iklan sebelumnya. Rasa-rasanya mungkin iklan anda tidak berkesan seperti yang anda fikirkan.
Majalah Dan Blog Produk Baru
Hari ini, ramai orang menggunakan majalah dan blog untuk mendapatkan maklumat. Dengan membaca beberapa majalah dan blog, anda mungkin dapat menjana inspirasi untuk pemilihan produk popular.
Tujuan utama majalah dan blog tersebut adalah untuk membantu para usahawan menduduki pasaran tertentu dari segi produk baru. Oleh itu, walaupun mereka hanya meringkaskan beberapa artikel berorientasikan data, ia juga kondusif untuk mencari produk yang orang ramai sanggup membeli.
Kongsi beberapa laman web untuk anda:
Trend Hunter: Komuniti dalam talian yang berkongsi trend terkini, dengan 140K + aktif ahli (http://www.trendhunter.com/)
Trend Watching: mengumpul para profesional dari semua lapisan masyarakat di seluruh dunia untuk berkongsi idea (https://trendwatching.com/)
Springwise: Menyediakan data dan maklumat mengenai pelbagai trend baru di seluruh dunia (https://www.springwise.com/)
Tetapi satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah bahawa ini bukan untuk mengatakan blog atau majalah mana yang boleh memberitahu anda produk mana yang terbaik untuk anda. Jika YA, maka ia adalah yang terbaik, tetapi malangnya, TIDAK!
Sama seperti sumber laman web yang dikongsi di atas, ia hanya memberi anda beberapa maklumat untuk membantu anda mencari produk yang tepat. Tetapi ia tidak memberitahu anda mana yang terbaik. Jadi anda masih perlu membuat keputusan sendiri.
Cari Inspirasi Di YouTube
Hari ini, video adalah salah satu cara arus perdana untuk menyebarkan maklumat. Ramai orang menggunakan video untuk menganalisis ciri-ciri pelbagai produk. YouTube adalah mesin carian video yang paling berkuasa, dan jika anda ingin mengetahui trend produk, anda boleh mencari di YouTube.
Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui trend “Best iPhone 8 plus Cases“, kita boleh mencari dan menonton beberapa video berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang berguna.
Lihat juga komen di bawah semasa menonton video. Secara umum, komen semakin banyak, permintaan untuk produk itu pun semakin tinggi.
Ya, adalah penting untuk memahami ayat ini. Lebih banyak komen dan lebih banyak pujian, ini bererti semakin tinggi populariti produk itu.
Di samping itu, perlu ditekankan bahawa video YouTube hanya memberi anda beberapa idea mengenai produk yang sedia ada. Tidak ada jaminan bahawa produk di atas mestilah produk popular.
Selidik Secara Aktif
Bagi kebanyakan penjual, mereka tidak boleh memimpin pasaran. Jadi mencari produk popular adalah proses yang penting. Dalam proses ini, kita mesti terus belajar dan secara aktif meneroka.
Fikirkanlah: Anda bukan sahaja perlu menghabiskan masa mencari produk yang boleh dipasarkan, tetapi anda juga perlu mencari sumber, menyimpan stok, upload ke kedai online, dan akhirnya menukarkannya kepada tempahan. Kitaran sedemikian sangat penting.
Oleh itu, saya harap semua orang dapat memanfaatkan kaedah yang diterangkan di atas. Saya percaya bahawa kaedah ini pasti akan membantu anda dalam pemilihan produk.
P.S. Apa pengalaman anda yang baik mengenai pemilihan produk popular?
Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.
Selamat membaca.
(2019.10.24)
