2019 Panduan Pemilihan Produk Amazon Yang Paling Berwibawa Dan Berserta Kajian Kes

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

panduan pemilihan produk Amazon

Baiklah, hari ini tajuk kita adalah tentang pemilihan produk Amazon dan kajian kes pemilihan produk.

Empat elemen teras e-dagang ialah: produk, saluran, operasi dan rantaian bekalan.

Produk paling teras. Tidak ada produk yang baik, semua usaha anda sia-sia. Terutamanya dalam platform seperti Amazon. Boleh dikatakan kejayaan kedai anda adalah sekurang-kurangnya 70% bergantung pada pemilihan produk yang tepat.

Ini juga termasuk pemilik laman web yang mempunyai kedai online sendiri. Tidak kira sama ada anda menggunakan Shopify, Magento, atau cara dropshipping menjual produk, faktor yang paling penting adalah pemilihan produk.

Oleh itu, memilih produk yang betul adalah lebih penting daripada elemen lain!

Tetapi bagi newbie, pengalaman mereka tidak mencukupi dan tidak ada petunjuk bagi mereka. Walaupun mereka boleh melayari senarai produk panas dan pesaing, tetapi ini memakan masa dan susah untuk membuat kesimpulan yang jitu.

Pemilihan produk yang sesuai bukan sekali pandang. Anda terpaksa trial and error. Kadang-kadang anda perlu membuat iklan berbayar untuk test market. Wang terbakar sebelum menjana pendapatan.

Kebanyakan orang tidak tahu apa yang harus dipilih. Proses pemilihan produk mereka mengikut naluri hati.

Jadi artikel ini adalah panduan sistematik tentang pemilihan produk yang sesuai, betul dan tepat.

 

Prinsip Asas Pemilihan Produk

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Pertama sekali, prinsip-prinsip yang paling asas:

• Keuntungan yang tinggi
• Berat kecil
• Tidak mudah pecah/basi
• Barang tidak berbahaya

Apabila anda mula-mula membuat Amazon, prinsip-prinsip ini harus diketahui.

Jika mengikuti piawaian ini, mungkin anda akan berfikir bahawa adalah lebih baik saya jual berlian. Ringan, keuntungan tinggi dan sama sekali tidak takut pecah. Ia kelihatan cadangan yang sempurna, tetapi persoalannya:

Siapa akan membeli cincin perkahwinan di Amazon?

Oleh itu, sebagai tambahan kepada produk itu sendiri selain mesti memenuhi piawaian di atas, data lain juga harus dirujuk.

Contohnya, produk yang serupa di kedudukan jualan Amazon sekurang-kurangnya dalam linkungan 5,000.

Tetapi ini bukan mutlak kerana perbezaan antara kedudukan 5,000 barangan sukan dan kedudukan 15,000 barangan dapur dan bekalan bilik mandi masih berbeza.

Di samping itu, ada satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian.

Tidak mempunyai jenama gergasi dalam kategori produk yang anda pilih.

Ini sebenarnya adalah satu kenyataan yang lebih menarik. Ini kerana mungkin anda pernah mendengar banyak pakar mengatakan bahawa anda tidak harus menjual bola keranjang, fon kepala, papan kekunci, alat ganti kereta atau sarung telefon bimbit.

Kemudian saya mengkaji dan ingin melihat bagaimana pakar-pakar ini boleh membuat kesimpulan sedemikan. Ini benar-benar tidak masuk akal kerana seperti tidak menjual fon kepala. Tetapi fon kepala jelas mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Kemudian, jawapan yang saya perolehi ialah alasan untuk tidak menjual produk ini adalah kerana ada jenama gergasi di belakangnya.

Dengan kata lain, jenama gergasi ini pada asasnya mendominasi pasaran ini.

Contohnya seperti telefon bimbit dan semua orang membeli jenama tersebut – Huawei dan Apple. Jika anda mencipta satu jenama baru dan kemudian bersaing dengan gergasi ini.

Buddy, do you think you can win the races?

 

Menganalisis Data

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Di atas adalah ilmu umum pemilihan produk. Mari kita belajar langkah demi langkah untuk mencari produk yang benar-benar boleh menjana keuntungan.

Terdapat banyak orang memilih produk sampai pening kepala. Akhirnya mereka tidak melihat data dan hanya semata-mata bergantung pada intuisi. Ini adalah kesilapan paling besar dalam pemilihan produk.

Untuk memilih produk yang benar-benar menguntungkan sememangnya tertakluk kepada siasatan terperinci dan penyediaan yang mencukupi.

Oleh itu, apakah data yang harus dikaji untuk menganalisis produk yang menguntungkan?

 

Pulangan Pelaburan (ROI)

ROI adalah singkatan untuk Return On Investment dalam bahasa Inggeris. Perkara yang paling penting ialah mencari produk dengan pulangan pelaburan yang baik.

Salah satu kesilapan yang mudah dibuat oleh newbie ialah mereka mengira margin keuntungan tetapi tidak mengira pulangan pelaburan.

Contohnya, pisau dan sudu. Pisau itu mempunyai keuntungan 30%, dan sudu mempunyai margin keuntungan sebanyak 20%. Nampaknya pisau itu akan membuat lebih banyak wang, tetapi mari kita lihat pulangan pelaburan.

Anda akan mendapati pulangan pelaburan pada pisau adalah 53%, tetapi pulangan pelaburan sudu 120%.

Oleh itu, jika kita hanya melihat ruang keuntungan, kita pasti akan memilih pisau dengan margin keuntungan yang agak besar. Tetapi apabila anda melihat pulangan pelaburan, anda tahu bahawa melabur dalam sudu adalah lebih baik daripada melabur dalam pisau.

 

Ruang Keuntungan

Produk harus dijual dengan harga $20 atau ke atas kerana harga jualan secara amnya mesti tiga kali ganda kos produk dan kos penghantaran. Jika tidak, produk tidak akan mempunyai keuntungan sama sekali.

Saya tahu bahawa terdapat banyak produk yang dibeli di Amazon mungkin tidak melebihi $10. Harga rendah, berat produk pun ringan dan pasaran ini kelihatan sangat sesuai. Tetapi pasaran sebegini sudah sangat “tepu”. Malah tidak lagi mampu menampung penjual baru.

Jadi, cadangan saya adalah lupakan pasaran ini. Sesetengah harga produk sangat rendah.

Mari kita lihat contoh.

Super murah! Bagaimana nak bersaing dengan mereka?

Ditambah lagi penghantaran PERCUMA! Bolehkah mereka benar-benar menjana keuntungan?

Ia kelihatan sangat kuat. Mari kita menggunakan Jungle Scout untuk menganalisis bagaimana keuntungan produk ini.

https://www.junglescout.com/

Produk ini rugi!

Jadi harga produk harus antara $15 dan $100, lebih baik antara $20 dan $75.

Jika produk anda dijual kurang dari $15, rasa-rasanya anda tidak mempunyai margin keuntungan untuk produk ini. Lagipun, anda masih kena menanggung kos pengiklanan, penghantaran dan gudang.

Jadi, jika anda benar-benar ingin menjana keuntungan, kurang daripada $15 adalah mustahil.

Jangan tetapkan harga lebih daripada $100. Jika harga anda terlalu tinggi, orang tidak akan membelinya.

Oleh itu, untuk mendapat kelebihan dalam harga, banyak peniaga menjual dengan harga kerugian. Maka janganlah kita masuk pasaran ini. Masih ada banyak produk lain yang boleh dipilih.

 

Komen Pesaing

Jika anda tidak mahu menjual produk yang mempunya persaingan hebat, lebih baik mencari bilangan komen pesaing yang kurang dari 20.

Ini kerana komen Amazon sangat bernilai. Jika terdapat banyak komen dari pesaing anda, itu bermakna pesaing ini pasti lebih kuat.

 

Komen Pesaing Tidak Boleh Melebihi 1000+

Jika komen produk itu melebihi 1000+, pada dasarnya kita dapat menyimpulkan bahawa produk ini telah menguasai pasaran.

 

Jumlah Carian Kata Kunci

Kita mahu menjual produk dan kita mesti memastikan bahawa masih ada permintaan di pasaran Amazon.

Sangat sukar untuk membuat permintaan di Amazon, jadi cara terbaik adalah untuk mencarinya di pasaran yang sedia ada.

Kita mesti memastikan bahawa tiga kata kunci utama produk terpilih kita tidak kurang daripada 100,000 carian bulanan. Analisis kata kunci ini boleh menggunakan Jungle Scout yang saya katakan sebelum ini.

Alat ini boleh membantu kita melihat trend carian dan jumlah carian kata kunci yang kita pilih.

Jumlah carian yang besar bermakna permintaan yang tinggi.

Satu perkara yang perlu diperhatikan di sini: jangan memilih produk bermusim. Jangan pilih produk yang mempunyai hubungan yang terlalu banyak dengan musim.

Contohnya, bagaimana produk seperti Paskah Bunny dijual di Krismas?

Oleh itu, kita perlu memilih produk yang boleh dijual sepanjang tahun. Kita tidak boleh bergantung kepada jualan tiga bulan untuk hidup selama setahun.

Jadi sebelum pemilihan, kita perlu memikirkan trend panas produk itu. Anda juga boleh menggunakan Google Trend sebagai bantuan.

 

Perangkap Pemilihan Produk

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Jangan Pilih Yang Mudah Pecah/Basi

Produk yang tidak mudah pecah boleh mengurangkan kos pembungkusan, penghantaran dan pengembalian. Ia membantu anda menjimatkan banyak wang.

 

Apabila anda mula menjual, jangan order stok lebih daripada 200 item.

Sekiranya anda ingin melabur lebih banyak, anda boleh membeli 4 atau 5 produk serupa pada suatu masa, tetapi jangan beli terlalu banyak produk yang sama sekaligus.

Bak kata pepatah: jangan letak semua telur di dalam satu bakul. Setiap peniaga harus memahami konsep ini.

 

Jangan Ada Cap Dagangan Pada Produk

Risiko anda dituduh adalah sangat tinggi. Semua orang pun faham.

Biarkan saya terus memberitahu anda bagaimana untuk memilih produk.

Pertama, pergi tengok produk Amazon. Kedua, cari produk yang sama di AliExpress dan tanyakan harga. Kemudian hitung kos dan margin keuntungannya.

Kemudian beli produk dengan kuantiti kecil untuk menguji pasaran. Jika permintaan memuaskan, anda boleh beli lebih banyak lagi.

Jika tiada permintaan, pilih produk lain.

 

Sumber Inspirasi Pemilihan Produk Amazon

Klik Gambar Untuk Memperbesar

Cadangan Kotak Carian Amazon

Mencari inspirasi dalam kotak carian Amazon seperti di bawah:

Selepas melengkapkan kajian pertama, cari dan semak imbas untuk produk seterusnya. Sehingga produk yang memenuhi semua syarat yang saya nyatakan muncul.

 

Semak Imbas Kategori Produk Amazon

Kaedah ini adalah untuk melayari kategori produk Amazon secara menyeluruh, dan subkategori juga harus dilihat.

Lihatlah apa produk di kedudukan paling tinggi. Kemudian dalam proses melihat produk ini, beri perhatian dengan komen yang lebih buruk, dan lihat apakah rungutan komen buruk ini secara khusus.

Tulis masalah yang diteliti dan cari produk penyelesaian. Sebagai contoh, pemotong fleksibel, kedudukan ini sangat tinggi. Tetapi ramai yang berpendapat bahawa benda-benda besar tidak boleh dipotong melalui pemotong itu.

Ini bermakna kita boleh mencari satu produk tambahan kepada masalah ini. Anda mungkin bertanya mengapa kita perlu membuat produk tambahan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mengapa tidak hanya membuat produk yang lebih baik dan biarkan pengguna tidak menghadapi masalah ini kelak?

Boleh juga. Tetapi kita perlu ingat bahawa adalah amat sukar untuk membuat produk yang lebih baik daripada semua produk di pasaran. Kita bukan Steve Jobs.

 

Amazon Movers & Shakers

Amazon Movers & Shakers menunjukkan produk dengan peningkatan yang paling dramatik dalam senarai kedudukan sepanjang 24 jam yang lalu.

https://www.amazon.com/gp/movers-and-shakers

Amazon Movers & Shakers juga dipaparkan mengikuti kategori. Oleh itu, ia juga merupakan sumber inspirasi yang baik untuk pemilihan produk.

Tidak ada orang yang berjaya dengan melarikan diri dari persaingan.

Tetapi sebenarnya, mengelakkan persaingan adalah keutamaan bagi ramai orang apabila memilih produk. Anda mesti menghindari pemikiran ini.

Sesungguhnya, apa yang benar-benar membimbangkan adalah tidak ada persaingan. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ini?

Ini bermakna pasaran ini sudah mati, dan tidak ada seorang pun yang ingin datang ke pasaran ini untuk melakukan sesuatu.

 

Cadangan Produk Spesifik

Produk Penjenamaan Yang Lebih Baik

Apabila kita memilih produk, lebih baik bukan hanya untuk memilih satu produk, tetapi dalam pemilihan produk mesti mempertimbangkan:

Adakah terdapat produk lain yang baik dalam industri ini? Adakah kandungan industri ini menarik? Bolehkah kandungan produk ini menimbulkan keinginan orang untuk berkongsi?

Oleh itu, kita harus mempertimbangkan promosi pemasaran pada masa yang sama ketika memilih produk. Sebagai contoh, cerek air anjing comel.

Produk haiwan kesayangan ini sebenarnya lebih mudah untuk dipromosikan kerana kandungannya lebih menarik. Kebanyakan orang juga suka menonton haiwan yang comel.

 

Jam Tangan Pintar

Setiap tahun lebih kurang 1.2 bilion jam tangan dijual dan jumlah ini masih meningkat.

Tahun 2018 adalah tahun kebangkitan jam tangan minimalis. Pada tahun 2019, jangkaan saya adalah trend jam tangan pintar akan meningkat.

Jam tangan juga boleh dijual sepanjang tahun dan ia bukan produk bermusim.

Jika anda benar-benar ingin menjual jam tangan, cuba pertimbangkan beberapa aksesori agar dan meningkatkan peluang jualan.

Jam tangan pintar biasa sebenarnya tidak mahal.

Jika sudah ada keputusan, saya cadangkan anda dapat menjual jam pintar Bluetooth terlebih dahulu, sebagai permulaan. Ciri-ciri utama jam tangan pintar Bluetooth termasuk kamera terbina dalam, rakaman, pedometer, pemantauan tidur, kalendar dan banyak lagi.

 

Fesyen Sukan

Trend fesyen sentiasa berubah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat satu gaya tiba-tiba muncul dalam persekitaran yang berubah-ubah ini.

Ia telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi habanya masih belum padam. Itulah – angin fesyen gaya sukan!

Mungkin ia berkaitan dengan senaman gimnastik yang tiba-tiba menjadi popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Angin fesyen gaya sukan ini bukan merujuk kepada pakaian uniform latihan atlet profesional. Ia adalah gaya pakaian harian setiap orang, kasual dan bergaya.

Dan terdapat banyak produk dalam fesyen gaya ini, dari baju kemeja-T, baju sukan, bingkap (legging) ketat wanita, seluar dalam sukan, kasut sukan, dan lain-lain.

Dan niche ini juga sangat fleksibel. Ia boleh dipamerkan sebagai kedai online tunggal, dan juga boleh digunakan sebagai siri produk dalam niche fesyen, atau satu siri produk kecergasan.

Mengikut penjenamaan, ia juga boleh diperluaskan ke pasaran vertikal lain, seperti aksesori fesyen dan aksesori kecergasan seperti perhiasan atau tikar yoga.

 

Barang Kemas Minimalis

Less is more. Pada masa kini, ramai orang muda suka gaya minimalis dari segi barang kemas dan perhiasan.

Bagi produk seperti barang kemas, saluran promosi terbaik adalah Instagram, Facebook dan Pinterest, terutamanya platform yang berdasarkan gambar dan video.

Malah, jika anda tidak berasa susah, membuat video mungkin cara yang lebih baik. Ini kerana kebanyakan kedai-kedai barang kemas kini melakukan promosi melalui gambar.

Jika iklan promosi dibuat menggunakan video, kadar tontonan pasti akan meningkat. Sudah tentu, prasyarat ialah bahawa kualiti video anda adalah bermutu.

 

Korset

Korset sebenarnya niche yang sangat popular. Jika anda baru membuka kedai, tidak salah untuk memilih pasaran ini. Ramai wanita kini telah menggunakan korset sebagai sebahagian daripada pakaian harian mereka.

Menurut statistik Shopify, industri korset akan mencapai jualan 5.6 bilion dolar AS menjelang tahun 2020. Keinginan wanita untuk menjadi lebih cantik dan bergaya tidak boleh dipandang rendah!

Terdapat juga banyak jenis produk dalam niche ini khususnya, termasuk jenis korset, seluar pembentuk tubuh dan sebagainya.

Sebab mengapa saya katakan produk ini patut dipertimbangkan adalah kerana sebagai peniaga, kategori produk ini sangat fleksibel. Sama ada anda menjual seluar dalam, pakaian wanita atau pakaian biasa, anda boleh menambah produk ini.

Contoh – breathable shapewear:

https://bit.ly/2USeWSd (Sila log masuk akaun Oberlo untuk melihat. Daftar adalah PERCUMA)

 

Alat Penjajaran Postur

Kajian Universiti Columbia mendapati bahawa sebenarnya 77% orang kini berjalan atau duduk dengan postur yang salah.

Apakah akibatnya? Kita akan menjadi tidak bermaya, pelvis bersandar ke hadapan dan sebagainya. Begitu juga dengan orang yang duduk lama di pejabat.

Oleh itu, alat penjajaran postur adalah diperlukan. Lihatlah trend panas berikut.

Cara terbaik untuk mempromosikan produk ini ialah mempromosikannya secara langsung kepada orang ramai.

Sebagai contoh, pekerja pejabat, pelajar, smartphone addicts, dan lain-lain. Selagi mereka yang berdepan dengan komputer dan telefon bimbit untuk masa panjang boleh menjadi pelanggan yang berpotensi.

 

Matcha

Ya, matcha. Matcha juga mula menjadi popular beberapa tahun yang lalu, tetapi habanya masih panas lagi.

Dan Matcha sebenarnya merupakan produk dengan margin keuntungan yang tinggi.

Mengenai jenis produk, matcha adalah produk makanan. Ia tergolong dalam kategori yang sama seperti teh hijau, teh merah dan sebagainya.

 

Minyak Janggut

Apa itu minyak janggut? Ya, ia adalah minyak penting untuk lelaki melebatkan janggut mereka. Sekarang adalah era di mana semua orang suka kecantikan, bukan hanya wanita.

Pada masa kini, lelaki lebih sensitif pada penampilan wajah mereka. Ramai lelaki asing mempunyai janggut lebat.

Lihat trend panas minyak janggut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Produk ini boleh dikelaskan sebagai penjagaan harian untuk lelaki. Niche ini juga mempunyai banyak produk, seperti pisau cukur, krim rambut dan gel.

 

Cermin LED

Bagi gadis yang biasanya memakai solek, cermin LED juga merupakan alat yang sangat diperlukan.

Tetapi cermin solek yang saya nyatakan di sini bukan jenis yang dipasang di dinding. Itu tidak sesuai. Pengguna tidak mungkin membeli jenis ini. Apa yang saya cakap ialah cermin solek mudah alih kecil.

 

Kesimpulan

Pemilihan produk memainkan peranan penting dalam kejayaan kedai online kita.

Oleh itu, cara pemilihan produk yang berkesan dan sistematik patut diikuti.

Saya berharap kandungan artikel yang step by step ini dapat membantu anda mencari produk bersesuaian dengan niche anda.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.06.20)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!