
Isi Kandungan
Di Internet, pembikinan dan reka bentuk gambar menjadi semakin penting. Kita tahu pengguna lebih suka melihat gambar, bukannya deskripsi teks yang panjang lebar.
Jadi gambar yang membawa makna sangat penting. Ini termasuk peta maklumat yang sering kita nampak. Kadang kala anda akan merasa WOW ketika melihat gambar tertentu. Mengapa ia begitu bermutu?
Bagaimana anda boleh membuat gambar yang boleh “membuka mata” orang ramai? Walaupun anda bukan seorang pereka profesional, apakah ada cara dan saluran yang akan memudahkan anda untuk membuat amazing pictures?
Hari ini, saya bukan berkongsi ilmu Photoshop. Saya ingin memperkenalkan beberapa alat untuk pembikinan dan reka bentuk gambar. Alat-alat itu sangat berguna dan saya berharap dapat membantu anda.
Anda mungkin juga berminat artikel di bawah ini:
Di Mana Untuk Memuat Turun Gambar Yang Berkualiti Tinggi? 15 Laman “Stock Photo” Terbaik Untuk Anda!
Bagaimana Membuat Reka Bentuk Gambar Yang Cantik?
Canva
Canva adalah platform reka bentuk grafik online yang menyediakan lebih daripada 1 juta fon gambar dan bahan-bahan lain. Anda boleh membuat poster yang cantik dengan operasi drag and drop (seret dan lepas) dengan mudah!
Canva menyediakan banyak templat, jadi pengguna boleh menjimat masa ketika mereka-bentuk grafik.
Sudah tentu, anda juga boleh memuat naik gambar sendiri secara langsung ke Canva. Dan anda boleh menambah teks, ikon ke gambar tersebut juga.
Pemilihan fon, penggantian latar belakang pun boleh dilakukan dengan mudah.
Pemprosesan Imej Secara Berkumpulan
Kita tahu bahawa imej di laman web harus dioptimumkan. Imej besar sering menyebabkan kelajuan laman web dibuka dengan perlahan.
Ini mempengaruhi penukaran laman web (conversion rate) dan pengalaman pengguna.
Jadi pengoptimuman mampatan untuk imej sangat penting.
Optimizilla
ewww-image-optimizer
https://wordpress.org/plugins/ewww-image-optimizer/
Alat ini hanya boleh digunakan oleh pengguna WordPress, iaitu mengoptimumkan sekumpulan gambar di WordPress.
Page2Images
Saya berjanji dengan anda bahawa alat ini sangat berguna. Dan setelah berfikir berkali-kali, akhirnya saya bongkarkan laman web ini juga.
PS: Pada mulanya saya ingin simpan untuk diri sendiri sahaja. ^_^
Placeit
Alat ini sangat hebat. (Saya berjanji bahawa sesiapa yang membuka laman web ini pasti akan mendapat manfaat!)
Placeit menyediakan banyak bahan kreatif yang sangat baik di platform mereka. Pengguna hanya perlu menukar teks latar belakang kepada apa yang diingini oleh mereka.
Sebagai contoh, gambar di atas, seorang wanita cantik membuat persembahan PPT. Selagi anda bayar, anda boleh meletakkan gambar yang anda mahu. Harga templat ini adalah 8 dolar.
Alat ini menyediakan banyak templat dan adegan, yang sebenarnya sangat berguna.
Anda boleh memanfaatkan Placeit untuk menjual custom t-shirt dengan menunjukkan terdapat ramai orang membeli pakain anda dan memakai di tempat yang berbeza.
Placeit menawarkan pelbagai adegan, dan anda boleh mencari adegan yang tepat dengan keupayaan carian yang kuat. Ringkasnya, platform ini sangat berguna.
Alat Pemprosesan Imej Sosial
Berikut adalah beberapa alat imej yang kerap saya gunakan.
Internet Marketing Ninjas
https://www.internetmarketingninjas.com/seo-tools/favicon-generator-crop-images/
Kita tahu saluran media sosial yang berbeza mempunyai keperluan memuat naik saiz imej yang berbeza.
Dan alat ini adalah untuk memotong saiz imej anda untuk memenuhi pelbagai keperluan saiz imej media sosial.
AutrePlanete
http://www.autreplanete.com/ap-social-media-image-maker/
Alat ini boleh digunakan bersama Internet Marketing Ninjas di atas untuk membuat pelbagai imej media sosial.
Di Manakah Anda Pergi Mencari Gambar?
Alat berikut adalah saluran penting bagi saya untuk mencari gambar. Sumber saluran ini sangat baik. Sudah tentu, jika anda memberitahu saya Imej Google, Instagram, Pinterest merupakan repositori imej yang sangat baik saya juga setuju.
• Pixabay.com
• StockSnap.io
• Unsplash.com
• PhotoPin.com
• Gratisography.com
• NegativeSpace.co
• https://www.pond5.com
• http://www.shutterstock.com
• http://www.freeforcommercialuse.net
Di mana untuk mencari Ikon:
Thenounproject: https://thenounproject.com
Flaticon: http://www.flaticon.com
Bagaimana Mencari Inspirasi Untuk Reka Bentuk Gambar?
Tidak ada mudarat tanpa perbandingan. Saya akan memperkenalkan dua platform reka bentuk yang berkualiti tinggi kepada anda:
Dribbble: https://dribbble.com/
Dribbble merupakan platform sekumpulan artis kreatif, pereka, dan lain-lain dengan karya kreatif mereka.
Ia menyediakan perkhidmatan online kepada pengguna untuk melihat karya yang telah disiapkan atau projek yang sedang dijalankan.
Karya-karya yang dibuat sangat berkualiti tinggi. Anda boleh mendapatkan inspirasi melalui Dribbble.
Behance: https://www.behance.net/
Kesimpulan
Di Internet, satu gambar yang kreatif boleh menarik banyak perhatian dan perkongsian.
Jadi apakah gambar yang baik?
Ia adalah perasaan yang banyak bergantung pada kreativiti seseorang. Manakala inspirasi seseorang berasal dari persepsi dan pengalaman hidup.
Pemasaran visual terlalu penting, dan saya rasa permintaan di pasaran ini terlalu besar.
Belum sedar lagi kepentingan pemasaran visual?
Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.
Selamat membaca.
(2019.11.07)
