
Isi Kandungan
Di zaman Internet hari ini, kos trafik semakin tinggi (jika anda tidak tahu ilmu penjanaan trafik) dan harga mencapai pelanggan pun semakin tinggi. Semua pemasar Internet harus sentiasa berfikir tentang dua perkara:
Pertama: Pendedahan produk dan pelanggan saya datang dari mana?
Kedua: Bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang berkesan pada kos terendah?
Apabila trafik kebanyakan peniaga datang dari pengiklanan, influencer (orang-orang yang punya followers atau audience yang cukup banyak di media sosial), dan bukan dari keupayaan penjaaan trafik mereka sendiri, maka kos tinggi yang dibayar oleh perniagaan itu tidak dapat dielakkan.
Secara tulus hati, setiap pemasar Internet harus memahami cara trafik diperolehi kerana kemampuan ini tidak dapat dikira dengan wang ringgit.
Dan apabila anda mempunyai pemikiran trafik seperti ini, maka sama ada anda melakukan pemasaran domestik atau e-dagang merentas sempadan, cara-cara untuk mendapatkan pelanggan ini tidak akan banyak berubah.
Salah satu pendirian saya ialah penguasaan penjanaan trafik merupakan satu keperluan. Saya selalu berfikir bahawa jika saya tidak berupaya menjana trafik sendiri tanpa pertolongan iklan berbayar, adakah saya akan “survive long term” dalam persaingan hebat dunia bisnes ini?
Oleh itu, ilmu menjana trafik, menguasai trafik perlu dipelajari dan dikukuhkan. Apakah saluran berkualiti yang boleh dipercayai untuk belajar?
Ok, sebelum menjawab soalan ini, kita mesti terlebih dahulu memahami jenis-jenis trafik yang sedia ada.
Jenis-Jenis Sumber Penjanaan Trafik
Trafik Carian
Trafik carian adalah trafik di mana pengguna hanya semata-mata mencari maklumat yang diperlukan dengan memasukkan kata kunci dalam kotak carian.
Maklumat seperti ini diperoleh melalui ranking. Untuk webmaster, cara ini dipanggil SEO.
Contoh:
Google, Bing
China: Baidu, 360 Carian, Sogou
Trafik Sosial
Media sosial bermaksud perkongsian. Kini masa yang digunakan oleh kebanyakan orang pada rangkaian sosial semakin meningkat.
Dan masa kita bersinggah di media sosial terkemuka seperti Facebook telah jauh melebihi masa carian di Google.
Kadangkala maklumat kita bukan dari enjin carian, tetapi dari perkongsian kawan-kawan di media sosial terutamanya berita hangat yang diviralkan.
Contoh:
Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, YouTube
China: WeChat, Weibo, Momo, TikTok
Pengiklanan PPC (Pay Per Click)
Atau lebih dikenali sebagai SEM (Search Engine Marketing), iaitu mendapatkan trafik melalui pengiklanan.
Terdapat banyak saluran trafik dalam iklan jenis ini.
Contoh:
Iklan Facebook, iklan Google Adwords, dan Adsense, termasuk juga iklan spanduk.
Affiliate
Secara ringkasnya, affiliate adalah cara menggunakan rangkaian “pihak ketiga” untuk mempromosikan produk anda.
“Pihak ketiga” ini digelar ahli affiliate dan mereka akan dibayar komisen jika produk anda berjaya dipromosikan.
Contoh:
Amazon Affiliate, Google Adsense, ClickBank, ShareASale, CJ, JVZoo, JVShare
Nilai trafik semacam ini sangat besar. Jangan anda memperkecilkan trafik affiliate. Pemasaran affiliate memainkan peranan penting terhadap perkembangan Amazon hingga hari ini.
Lain-lain
Trafik yang lain, saya letakkannya dalam satu kategori. Ia termasuk pemasaran emel (EDM – Email Direct Marketing), blog, forum, atau influencer dalam niche tertentu.
Di samping itu, saya ingin memberitahu anda dengan pastinya bahawa saluran yang saya syorkan adalah yang berkualiti tinggi.
Jadi, dalam setiap kategori, saya tidak akan memberikan banyak saluran kepada anda. Saya hanya akan memberikan “BEST OF THE BEST” dalam sesuatu industri.
Jangan tamak. Percayalah, tumpukan perhatian anda kepada beberapa saluran sudah memadai.
Saluran Pembelajaran SEO
Backlinko
Laman web SEO terkenal! Banyak artikel yang sangat praktikal. Anda boleh lihat susun atur halaman dan tulisan artikelnya. Anda akan sangat jelas bahawa orang ini benar-benar mempraktikkan SEO. Google benar-benar menyukai artikelnya.
Banyak kandungannya boleh dikatakan klasik. Bagi orang yang ingin mempelajari SEO, jangan abaikan blog ini.
Kelemahan blog ini adalah output tidak tinggi. Juga terdapat banyak kandungan yang mempunyai huraian yang terlalu panjang. Satu kenyataan ringkas boleh diolahkan dengan panjang lebar.
Tetapi ini juga ada kebaikannya. Cara ini dipanggil “increase dwell time”. Hahaha.
NeilPatel
Neil Patel mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Gaya bahasa kebanyakan artikelnya sangat menarik.
Selain itu, quicksprout.com juga diasaskan oleh beliau dan kawan-kawannya. Blog ini mempunyai banyak kandungan hebat.
Di samping itu, saya fikir blog Neil Patel masih boleh dipertingkatkan secara mendalam. Blog ini lebih sesuai untuk orang baru. Manakala kedalaman isi kandungan Quicksprout sangat baik dan ia patut dikaji lebih lanjut oleh mereka yang berminat SEO.
Setakat ini, adakah anda perasan bahawa orang botak memang “terer” melakukan pemasaran? Jangan marah saya. This is just my honest opinion.
AuthorityHacker
https://www.authorityhacker.com/blog/
Authority Hacker terkenal dalam industri dan kualiti artikel blog ini sangat baik. Terdapat banyak artikel klasik di dalamnya, baik dari segi keluasan ataupun kedalaman.
Saya sering melihat dua bahagian di blog ini. Satu bahagian adalah SEO, dan satu bahagian adalah Affiliate.
Terdapat juga banyak pengarang yang sangat baik berkongsi artikel di blog ini. Kandungannya agak berkualiti.
Sebagai tambahan, saya amat suka font yang digunapakai di blog ini. Mata tidak akan berasa letih walaupun membaca dengan lamanya.
Saluran Pembelajaran Sosial Media
SocialMediaExaminer
https://www.socialmediaexaminer.com/
Sekiranya anda ingin mengetahui pengetahuan Facebook, Instagram, Youtube, Snapchat, Google+, anda boleh belajar di SocialMediaExaminer.
Ia sangat baik.
Pada asasnya, anda perlu tahu laman web ini. Pelbagai artikel berkaitan saluran sosial media, alat, strategi analisis dikongsi dengan jelas, iaitu langkah demi langkah.
Saya sangat berpuas hati dengan klasifikasi mereka dan kategorinya sangat jelas. Saya fikir laman web ini masih sesuai untuk banyak orang baru dengan memberi tumpuan kepada operasi kemahiran.
Blog ini terkenal dalam industri dan ia sangat berbaloi untuk anda meluangkan masa belajar.
Tutorial Pengiklanan
Tutorial Pengiklanan Facebook
Pusat Bantuan Facebook
Pusat Bantuan Facebook adalah rujukan yang sangat bernilai. Malah, ia benar-benar praktikal. Tetapi kebanyakan orang lebih suka menghadiri khusus atau bootcamp seolah-olah Pusat Bantuan Facebook tidak berguna. Ini memang perkara yang pelik.
https://www.facebook.com/help/
Facebook Blueprint
Sekiranya anda merasakan bahawa membaca teks adalah sangat menyusahkan, maka lihat saja video di Facebook Blueprint. Banyak pengetahuan asas tentang Facebook terdapat di sini.
Facebook Blueprint boleh dijadikan titik permulaan untuk orang baru.
https://www.facebookblueprint.com/student/catalog
Jonloomer
Sekiranya anda mahu tutorial lanjutan, iaitu yang “advanced” sedikit, saya cadangkan Jonloomer. Orang ini dulu bekerja dengan Facebook di bahagian pengiklanan. Dia amat memahami seluruh proses Facebook dan sistem pengiklanan Facebook. Artikelnya pun sangat berguna.
AdEspresso
Fokus pada pengiklanan Facebook. Banyak tutorial yang lebih terperinci dan berguna untuk orang baru.
Terdapat satu galeri iklan di mana pengumpulan bahan-bahan iklan Facebook boleh ditemui di sini.
https://adespresso.com/ads-examples/
Saluran Pengiklanan Bersepadu
PPCHero
Ada banyak sumber iklan di PPCHero. Kategorinya meliputi banyak aspek. Saya rasa sumber-sumber laman web ini sangat bernilai.
Saya sering melihat Mat Salleh mengesyorkan laman web ini kepada orang ramai. Jadi saya mencadangkannya kepada anda juga.
TutorialsPoint
https://www.tutorialspoint.com
Iklan PPC di TutuorialsPoint sangat komprehensif, dan terdapat penjelasan yang baik mengenai lelongan (bidding) di Facebook, Google, strategi pengiklanan, dan juga pengoptimuman landing page.
PPCVideoTraining
https://www.ppcvideotraining.com/category/blog/
Fokus pada iklan Google. Jika anda mengiklankan di Google, blog ini pilihan yang baik.
Pemasaran Affiliate
Bagi saluran pemasaran affiliate, pada hakikatnya, saya jarang membaca blog tetapi lebih fokus kepada forum.
StmForum
Saya biasa membaca StmForum yang berkaitan dengan ilmu affiliate.
Di forum ini, terdapat banyak GURUS, dan terdapat juga banyak topik perbincangan yang bermutu.
Forum ini adalah forum berbayar, $ 99 sebulan.
Mengapa saya suka membaca forum ini?
Kerana terdapat banyak topik perbincangan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Menerusi proses perbincangan, saya akan lebih faham kaedah terkini yang berkesan.
Sebenarnya saya pergi ke StmForum bukannya belajar teknik affiliate semata-mata, tetapi untuk menerokai peluang perniagaan baru.
AuthorityHacker
Jika anda memang ingin tahu mana satu blog affiliate yang saya suka, Authority Hacker adalah namannya.
https://www.authorityhacker.com/affiliate-marketing/
Artikel affiliate di atas masih sangat berguna dan mendalam, sekurang-kurangnya ini pandangan saya.
Izinkan saya menekankan sekali lagi bahawa belajar ilmu affiliate bukan susah sangat. Yang paling penting ialah anda mesti faham ilmu penjanaan trafik yang saya sebutkan di atas tadi, seperti:
• SEO
• SNS
• Pengiklanan
• EDM
Kesimpulan
Kota Rom bukan dibina dalam sehari. Proses pembelajaran trafik juga sama. Anda harus mengorbankan masa dan tenaga sebelum mendapat keputusan yang diingini.
Saluran trafik yang saya cadangkan di atas adalah pandangan peribadi sahaja. Jika anda mempunyai rujukan yang lebih baik, sila beritahu saya.
Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.
Selamat membaca.
(2019.05.30)
