Panduan Pemilihan Produk Dropshipping Melalui AliExpress, eBay, Facebook Dan Google Trends. (Termasuk Bisnes POD)

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Panduan Pemilihan Produk Dropshipping Melalui AliExpress, eBay, Facebook Dan Google Trends. (Termasuk Bisnes POD)

Ok, hari ini topik kita ialah “Bagaimana memilih produk untuk dropshipping?”

Saya percaya bahawa kebanyakan orang yang pertama kali melakukan e-dagang merentas sempadan akan bertanya: Bagaimana memilih produk?

Tidak kira anda menggunakan platform apa, pemilihan produk adalah isu yang sangat kritikal. Sekiranya anda memilih produk yang betul, anda berpeluang menjana wang. Jika anda memilih produk yang salah, kehilangan wang tidak dapat dielakkan.

Semua orang mahu memilih produk yang betul, bagaimana kita boleh mengetahui produk mana yang popular dan yang tidak?

Hari ini, saya akan berkongsi beberapa tip mengenai pemilihan produk di pelbagai platform. Berikut saya menggunakan “women top” (pakaian atasan wanita) sebagai contoh utama.

 

Pemilihan Produk melalui AliExpress

Pada masa ini, AliExpress boleh dikatakan platform dropshipping terbaik di dunia. Hampir semua dropshipper menjual produk menggunakan AliExpress dan memperoleh keuntungan yang cukup tinggi. Pada dasarnya semua produk boleh didapati di AliExpress.

Terdapat berjuta-juta pembekal di AliExpress, tetapi pembekal itu tidak boleh sebarangan pilih. Apabila memilih produk, kita harus memberi perhatian kepada ulasan produk, serta kredibiliti pembekal dan penilaian keseluruhan kedai mereka.

Kita mesti mencari pembekal yang boleh dipercayai yang dapat menjamin kualiti produk. Perhatian juga harus diberikan kepada pembekal yang dipilih sama ada mereka menyediakan E-packet. E-packet dapat memudahkan kerja dropshipping kita.

Pemilihan produk melalui AliExpress tidak sukar. Masukkan nama produk yang ingin anda cari dalam kotak carian dan hasilnya akan keluar. Namun, terdapat terlalu banyak produk di AliExpress, dan kadang-kadang mengambil masa beberapa hari, atau minggu untuk memilih produk di AliExpress.

Tetapi jangan risau, mari kita belajar tentang langkah-langkah pemilihan cepat di AliExpress.

Langkah Pertama: Log Masuk AliExpress.

 

Langkah Kedua: Lihat menu kategori di sebelah kiri halaman utama. Menu ini mengandungi semua produk di AliExpress.

Di sini kita masih mengambil pakaian wanita sebagai contoh.

Kita dapat melihat bahawa terdapat lebih banyak kategori kecil di bawah kategori pakaian wanita, seperti Tops & Sets, Bottoms, dan Accessories.

Produk sasaran kita bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan yang telah kita lakukan sebelum ini dan pasaran sasaran kita.

Oleh itu, dengan berjuta-juta produk yang boleh dipilih, niche sasaran kita mestilah sangat spesifik, iaitu jenis produk sasaran kita harus sangat spesifik.

 

Langkah Ketiga: Pilih sub-kategori tertentu. Kini kita memilih Blouses & Shirts sebagai contoh.

Sekarang kita melihat hasil carian.

 

Langkah Keempat: Kaedah sorting mengikut jumlah jualan (tempahan)

Dengan cara ini kita dapat melihat produk mana yang popular, jualan yang tinggi, dan jualan dengan cepat.

Di sini kita bukan sahaja boleh melihat jualan dan maklumat lain. Kita juga boleh menetapkan produk target kita dengan lebih spesifik, dan memperkecilkan skop pilihan.

Di sini kita juga boleh memilih bahan pakaian seperti kapas, sutera, nilon, dll, juga mempunyai lengan panjang, lengan sederhana pendek, lengan pendek, dan sebagainya.

Sebenarnya, AliExpress sama seperti Taobao. Anda hanya perlu meluangkan beberapa minit untuk mencari produk sasaran.

Pastikan anda memberi perhatian kepada jualan produk, serta bilangan ulasan daripada pengguna. Kedua-dua kriteria ini boleh membantu anda memilih produk panas.

Sekiranya terdapat terlalu banyak produk serupa di AliExpress, dan anda ingin menjual produk tersebut. Nasihat saya adalah bahawa anda mesti pergi melihat di Facebook sama ada produk tersebut kerap muncul di pos, video atau tidak.

Jika terdapat banyak pos dan video berkaitan produk tersebut, lebih baik anda jangan memilih produk tersebut. Ini mungkin kerana produk tersebut pernah “dicuci” oleh pasaran sebelum ini.

Apabila anda membuat iklan dengan produk yang sama, pengguna telahpun jelak melihatnya. Tidak ada orang suka menonton iklan produk yang sama berulang kali.

 

Pemilihan Produk Melalui eBay

Banyak dropshippers memilih untuk membuka kedai di eBay, tetapi sekarang persaingan di eBay semakin meningkat. Oleh itu, kita tidak boleh bergantung kepada perasaan dalam pemilihan produk. Sebelum memilih, kita boleh terlebih dahulu memeriksa pasaran dengan menggunakan Wuanto.

https://www.wuanto.com/

Wuanto adalah laman web yang berkhidmat untuk eBay. Pada Wuanto, kita dapat melihat “real time watchers” produk. Ini bermaksud kita dapat mengetahui produk eBay yang paling popular saat itu.

Carian kata kunci pada Wuanto termasuk banyak maklumat tentang produk, seperti kategori produk, kategori berkaitan, produk berkaitan, kata kunci berkaitan dan sebagainya.

Mari kita ambil contoh Women Tops.

Langkah Pertama: Masuk laman utama Wuanto.

 

Langkah Kedua: Masukkan kata kunci dalam kotak carian.

 

Langkah Ketiga: Lihat paparan halaman produk berkaitan mengikut “watchers”.

Inilah hasil carian dalam Wuanto. Kita dapat melihat dengan jelas jenis baju atasan yang popular dan harga produk. Anda akan mempunyai matlamat yang jelas selepas membaca artikel ini.

P.S. Anda juga boleh menggunakan WatchCount untuk memilih produk di eBay. Tetapi alamat IP anda mesti ditukarkan dengan VPN yang sesuai. Alamat IP Malaysia tidak mampu melayari laman web tersebut.

 

Pemilihan Produk Melalui Facebook

Pemilihan produk di Facebook sebenarnya sangat mudah, kita hanya perlu memasukkan nama produk yang kita ingin cari dalam kotak carian di halaman Facebook.

Langkah Pertama: Log masuk ke halaman Facebook seperti yang ditunjukkan di bawah:

 

Langkah Kedua: Masukkan “women t-shirt” di dalam kotak carian seperti ditunjukkan di bawah:

Pada masa ini, anda boleh menemui banyak post yang relevan…

 

Langkah ketiga: Semak post tertentu.

Selepas mencari, kita dapati telahpun ada orang menjual. Kita boleh memberi perhatian kepada bilangan kongsi, komen, dan pujian produk itu. Selepas itu, kita boleh kembali ke laman utama kedai untuk melihat kredibiliti laman utama mereka: jumlah pujian, dan masa ciptaan laman utama.

Saya telah tunjukkan satu produk sebagai contoh. Tetapi pasti lebih daripada satu kedai yang menjual pakaian wanita di Facebook. Kebanyakan mereka membuat dropshipping.

Produk sedemikian mudah dicari di AliExpress. Malah, di AliExpress anda mempunyai margin keuntungan yang lagi besar.

Sesetengah orang mungkin bertanya: Mengapa kita mahu menjual produk yang telah dijual oleh orang lain?

Jawapannya mudah sahaja, iaitu ada permintaan. Sama seperti kita membeli pakaian. Kita pasti akan membeli gaya yang sudah popular sekarang, berbanding memilih pakaian yang kita fikir akan menjadi popular di masa depan.

 

Pemilihan Produk Melalui Google Trends

Di samping eBay dan Facebook, kita juga boleh menggunakan Google Trends untuk memahami keseluruhan data industri atau trend produk. Ini termasuk data sejarah dan data masa nyata.

Apabila produk menjadi popular, topik yang dikaitkan dengannya akan meningkat.

Langkah Pertama: Buka Google Trends

 

Langkah Kedua: Masukkan nama produk dalam kotak carian.

 

Langkah Ketiga: Lihat hasilnya.

Masukkan nama produk yang ingin anda ketahui dan anda boleh melihat graf dalam pelbagai aspek produk tersebut. Termasuk jumlah carian, rantau di mana pegguna berada, jumlah pertanyaan terkait dan kata kunci yang berkaitan dengannya.

Gunakan maklumat data terperinci yang disediakan oleh Google Trends, kita dapat mencari produk sasaran kita dengan lebih mudah.

 

Cari Produk Print On Demand (POD) Yang Terlaris

POD (cetak atas permintaan) bermakna penjual bekerjasama dengan pembekal, penjual memilih produk (t-shirt, topi, cawan) dan mereka-bentuk coraknya sendiri. Pembekal menyediakan perkhidmatan tersuai (custom service) untuk penjual.

Dengan kata lain, sama ada anda seorang pelukis, penulis, pereka, dan sebagainya, anda boleh merealisasikan kreativiti anda dengan cara ini.

POD juga merupakan salah satu cara dropshipping yang baik. Anda tidak perlu susah payah simpan stok dan hantar stok.

Kaedah ini mempunyai kos marginal rendah dan keuntungan yang besar.

Di sini saya mengesyorkan beberapa platform yang baik untuk anda: CustomCat, PrintFull dan Teespring.

Dalam platform ini, pembekal POD akan menyediakan templat produk kepada dropshipper.

Sudah tentu, kita tidak perlu menyimpan stok. Apa yang perlu kita lakukan ialah menghantar reka bentuk corak kepada pembekal selepas menerima tempahan. Mereka akan bertanggungjawab untuk percetakan dan penghantaran.

Berikut adalah pautan platform ini:

https://www.customcat.com/
https://www.printful.com/
https://teespring.com/

Sebelum memutuskan apa yang perlu dilakukan, kita boleh melihat laman-laman ini untuk melihat apa niche atau produk yang popular.

Selepas keputusan dibuat, anda kemudian boleh meminta pereka untuk mereka-bentuk produk untuk niche tersebut. Dan akhirnya meletakkannya di kedai Shopify anda untuk dijual.

 

Kesimpulan

Pemilihan produk adalah satu seni. Anda hanya dapat belajar sesuatu selepas melakukan banyak eksperimen.

Pemilihan produk perlu dipertimbangkan dengan teliti. Selepas meneliti produk yang dipilih, anda mesti terlebih dahulu menguji keberkesanan produk tersebut di pasaran. Kemudian barulah mempromosikannya secara besar-besaran.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.08.01)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!