
Isi Kandungan
Beberapa hari lalu ketika saya melayari Twitter, saya terbaca satu wawancara yang sangat menarik. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda sekarang.
Laman web ini dipanggil Paperform (menjana pendapatan bulanan USD 24,000 dalam masa 2 tahun lebih).
Berapakah pendapatan bulanan anda sekarang? Maksud saya secara konsisten. 🙂
Ciri-ciri produk yang disediakan oleh laman web ini sebenarnya sangat mudah, iaitu mencipta borang dengan CEPAT!
Sebagai contoh, bil pembayaran produk, borang pendaftaran pelanggan, atau borang temu janji dan lain-lain, boleh didapati di sini.
Dan ianya bukan sekadar templat yang begitu mudah. Pengguna juga boleh menyesuaikan templat fon, warna, gambar, dan sebagainya mengikut keperluan mereka sendiri. Sama seperti templat kedai Shopify, pilih templat yang anda suka. Selepas itu anda masih boleh mengubahsuainya.
Ini adalah tipikal model Saas!
Apa kelebihan laman web ini?
Di bawah, mari kita lihat operasi semasa kedai. Data adalah seperti berikut:
Anda mungkin juga berminat artikel di bawah ini:
Tanpa Iklan Berbayar, Bagaimana Dan Mengapa Kedai Shopify Ini Begitu Hebat?
Data Asas
• Masa dalam talian: Ogos 2016
• Pendapatan bulanan: 24,000 dolar AS, kadar pertumbuhan rantaian: 10-15%;
• Pengguna berbayar: 6,000
• Pengguna aktif: 2,000+
• Pengguna berdaftar: 20,000+
Model Bisnes
Model bisnes laman web ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
• Versi asas: $ 12.50 / bulan
• Profesional: $ 32.50 / bulan
• Ejen: $ 82.50 / bulan
Pencapaian ini boleh dikatakan baik dengan laman web yang hanya lebih kurang 2 tahun 9 bulan jika berbanding bisnes yang lain.
Pengasas laman web ini adalah sepasang suami isteri dari Sydney yang kehidupannya memang orang biasa seperti kita. Mereka pun makan gaji juga. Setiap hari kerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Mereka mempunyai seorang bayi kecil berusia sembilan bulan. Ia kelihatan seperti semua orang – kehidupan yang hambar.
Cara kerja pasangan ini adalah isteri bertanggungjawab untuk masalah operasi, sokongan, kewangan dan undang-undang. Manakala suami bertanggungjawab untuk menulis program dan membina laman web.
Bagaimana Mereka Memikirkan Idea Ini?
Mula-mula mereka memikirkan untuk mencipta templat borang kerana ramai kawan mereka selalu meminta bantuan untuk membuat borang. Oleh kerana suami mempunyai pengalaman dalam pengaturcaraan, dia akan melakukan kerja ini.
Tetapi kemudian mereka mendapati bahawa tidak ada syarikat atau laman web yang mencipta templat borang di pasaran. Maka dengan itu mereka merancang untuk melakukannya sendiri.
Mereka memulakan kerja ini pada Mei 2016. Semasa memulakan bisnes, mereka tidak terburu-buru berhenti kerja.
Pada mulanya, suami akan bangun pada pukul 5 pagi. Tulis seberapa banyak kod yang mingkin, kemudian pergi kerja. Dan kadang-kadang suami akan menulis kod pada hujung minggu. Mereka membuat kerja bersama-sama lalu merancang.
Bagaimana Mereka Menjalankan Promosi?
Di sini saya telah membuat satu peta minda untuk anda, dari pemasaran kandungan, promosi, kerjasama selebriti, referral syarikat pihak ketiga, dan sebagainya.
Pada Ogos 2016, buat pertama kali mereka melancarkan laman web di BetaList. Kali ini, mereka mendapat lebih daripada 300 pengguna ujian (testing users), serta banyak pujian dan kritikan yang membina.
Pada September 2016, selepas BetaList dilancarkan, laman web mereka mendapat perhatian AppSumo. Kemudian mereka bekerjasama dengan AppSumo. Kali ini dengan AppSumo, mereka mendapat 3,000+ pengguna berbayar. Setakat ini mereka benar-benar memperoleh keuntungan.
Selepas dilancarkan di AppSumo secara rasmi, peningkatan bisnes mereka sangat cepat. Komunikasi dari mulut ke mulut antara pengguna dan laporan dari media setempat akhirnya membawa pertumbuhan pengguna yang mendadak.
Mulakan blog, lakukan SEO, tingkatkan kedudukan SERP, dan tarik lebih banyak trafik organik.
Membuat promosi – Pengguna baru atau pengguna sedia ada boleh mendapatkan kembali wang tunai 10%, mengesyorkan 10 pengguna baru, dan mendapatkan satu akaun percuma.
Bekerjasama dengan orang lain – termasuk menaja pertandingan kolej, bekerjasama dengan eCoach untuk mendapatkan banyak pengguna yang berpotensi.
Oleh kerana produk mereka mempunyai permintaan yang baik, laman web mereka mendapat kejayaan besar dalam jangka masa yang singkat.
Apa Yang Boleh Kita Lakukan Untuk Menjadi Lebih Berjaya?
Maksud umum petikan ini adalah, “Jika anda boleh kembali ke permulaan, apakah perbezaan antara pendekatan anda?”
Saya fikir saya akan mula mengumpul peminat. Walaupun mengesyorkan 10 pengguna dan mendapat satu akaun percuma adalah idea yang baik, tetapi saya fikir ia akan menjadi lebih baik jika kami membuat forum atau komuniti online untuk membincangkannya lebih awal.
(PS: Nampak? Orang yang hebat akan menguasai trafik sendiri tanpa 100% bergantung kepada trafik berbayar)
Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan adalah aktiviti promosi yang dijalankan memang baik, tetapi ia akan lebih baik jika anda dapat menguasai lebih banyak trafik terlebih dahulu dan kemudian baru menjual barangan tertentu.
Ini juga adalah falsafah yang saya amalkan dalam bisnes saya untuk jangka masa panjang. Saya akan menguasai trafik terlebih dahulu dan kemudian menjual barangan.
Sebarang Cadangan Untuk Orang Lain Yang Baru Mulakan Bisnes?
Jangan Mencari Inspirasi Melalui Produk Pesaing
Jangan habis terlalu banyak masa untuk memberi tumpuan kepada produk pesaing anda, dan jangan cari inspirasi melalui produk mereka.
Jika anda fokus pada pesaing anda setiap masa, ia akan menghadkan kreativiti dan inovasi anda.
(PS: Anda secara tidak langsung merendahkan potensi bisnes anda.)
Jika anda lebih selesa dengan apa yang anda lakukan, cuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Pengguna anda pasti akan merasakan hati anda.
Kita lebih suka memberi fokus kepada pesaing kita. Ada pesaing yang sangat besar. Tetapi kadang-kadang mereka mempunyai beberapa kesilapan yang jelas, atau perkembangan syarikat tidak mengikut arus semasa.
Jadi jika kita sentiasa memberi perhatian kepada mereka dan meniru mereka, maka kita sudah bankrap. Oleh itu, kita mesti mempunyai pemahaman kita sendiri tentang pasaran, dan kemudian kita mesti mengatasi kesulitan dan memenangkan pesaingan.
Dalam kata-kata asal bos wanita itu, jangan anda meniru orang lain sama sekali. Sila fahami pasaran produk anda, dan memberi lebih perhatian kepada produk anda.
Mempunyai Keyakinan Terhadap Produk Anda
Kita harus mempunyai keyakinan terhadap produk kita. Kita percaya pada produk kita, pengguna akan percaya pada produk kita.
Ketika Paperform dilancarkan buat pertama kalinya, harga produk sebenarnya sangat rendah. Kemudian, disebabkan kenaikan kos kakitangan dan peralatan pejabat, kedua-dua pengasas hanya menaikkan harga produk sedikit sahaja. Tetapi jurujual mereka selalu menekankan bahawa harga mereka terlalu rendah.
Jadi mereka sekaligus meningkatkan harga sebanyak 30 – 40%.
Selepas harga telah dinaikkan dengan banyaknya, jualan produk mereka tidak jatuh tetapi telah meningkat dengan banyak.
Apa yang ingin saya katakan adalah jika produk anda benar-benar berkualiti, ia benar-benar membantu, jangan jualnya dengan harga murah. Jika anda mentaksir produk anda sendiri dengan begitu rendah, maka pengguna pasti akan merasa bahawa produk anda tidak banyak bernilai.
Jika harga lebih tinggi, produk anda akan memberikan gambaran yang berbeza kepada pengguna. Sebagai contoh, dalam industri barangan mewah, adakah anda berfikir bahawa kos kemeja-T mewah adalah lebih tinggi daripada kemeja-T di TaoBao?
Kualiti produk yang baik, harga nampaknya agak tinggi, dan ia akan menjadi lebih mudah untuk menarik pelanggan yang berkualiti.
Peringatan: Harga produk tidak boleh ditetapkan terlalu rendah.
Alat Yang Disyorkan
Bos wanita itu akhirnya mencadangkan satu alat pengurusan kewangan – ProfitWell:
Alat ini terutamanya untuk menguruskan bayaran yang dikenakan. Misalnya, jika pengguna melanggan di laman web kita, pembayaran akan dibayar selepas tempoh percubaan. Kemudian alat ini akan membantu kita mengingkatkan pengguna untuk membuat pembayaran.
Sudah tentu, alat ini bukan satu fungsi sahaja, tetapi juga berfungsi dalam pengurusan data kewangan.
Di atas adalah kandungan umum wawancara ini. Dengan panjang lebarnya menceritakan mengenai proses keusahawanan, proses promosi dan sebagainya.
Mari kita kembali dan analisa laman web mereka.
Susun Atur Laman Web
Padanan Warna Keseluruhan
Keseluruhan laman web mereka agak segar, dan warna pudar serta jenis tulisan BOLD pun sangat kurang. Malah, ini adalah gaya yang lebih sesuai dengan jenama mereka yang bertemakan “beautiful”.
Walaupun warna lebih ringan, tidak banyak warna yang digunakan. Jadi ia tidak akan terlalu buruk untuk dicampur dan dipadankan.
Gunakan Tutorial Video
Mengajar pengguna untuk mengedit templat. Sangat praktikal.

Bahagian Lain Laman Web
Bahagian ini juga dinamik dan akan sentiasa memaparkan ciri-ciri yang berbeza.
Jenis Templat
Bahagian ini terutamanya menunjukkan jenis templat, seperti borang permohonan, soal selidik, pembayaran dan sebagainya. Jika kedai anda mempunyai banyak kategori, anda boleh memaparkannya dengan cara ini.
Pengguna Terkenal
Kebanyakan laman web mempunyai bahagian ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kredibiliti dan persuasif.
Kesimpulan
Tidak mudah untuk menjana pendapatan bulanan USD 24,000 dalam masa 2 tahun lebih secara konsisten.
Dalam sesuatu pecahan niche yang vertikel dan dengan promosi yang tepat, adakah anda nampak peluang untuk mengaut keuntungan?
Sudah tentu, peluang terbuka kepada mereka yang peka dan mengorek niche secara mendalam.
Akhir kata, pemilihan dan penentuan niche adalah sangat sangat sangat penting!
Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.
Selamat membaca.
(2019.08.29)
