Pendedahan Eksklusif Rahsia Reka Bentuk Kedai Shopify | Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

reka bentuk kedai Shopify yang baik

Di antara pemilihan produk dan pembukaan kedai Shopify, terdapat satu perkara yang amat penting yang sering dipandang ringan oleh kebanyakan orang, iaitu pemilihan reka bentuk kedai Shopify yang berkesan.

Menerusi pembikinan kedai e-dagang yang mudah dan cepat, kita hanya perlu mendaftar satu akaun di platform Shopify. Selepas itu memilih reka bentuk kedai Shopfiy dan menambah produk-produk yang berkaitan.

Walaupun nampak senang, tetapi ada beberapa perkara harus dipertimbangkan. Yang utamanya adalah reka bentuk kedai yang macam mana mampu menarik perhatian para pelanggan.

Tahukah anda reka bentuk kedai yang teruk sangat susah mendapat kepercayaan prospek kita? Oleh itu, artikel ini adalah pengalaman saya yang bertujuan untuk memilih reka bentuk kedai Shopify yang baik.

 

Tema Shopify

Tema bermaksud reka bentuk templat yang telah siap dan boleh dimuat-turun. Kita hanya perlu menambah templat itu ke kedai Shopify kita.

Laman web rasmi tema Shopify: https://themes.shopify.com

Secara jujurnya saya tidak sarankan anda membeli tema Shopify di luar. Saya lebih suka menggunakan tema yang diiktiraf oleh Shopify. Pada pandangan saya, ia lebih selamat meskipun harga di antara USD 150 – 180 (sekali bayar). Jangan sembarangan beli tema Shopify hanya kerana harganya sangat murah.

Pemilihan tema Shopify akan menentukan kedai Shopify kita pada akhirnya.

Gambaran pertama sangat penting. Kita tidak boleh memilih templat secara rawak. Kita perlu memilih templat yang benar-benar mewakili jenama kita.

Ketika memilih tema, kita bukan sahaja harus mempertimbangkan jenis kedai yang kita inginkan, tetapi juga melihat perbezaan ciri-ciri sesuatu templat dan pilihan tersuai (custom options) yang sedia ada.

Tema kedai kita adalah gambaran pertama untuk pelawat. Mari kita lihat apa yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tema kedai Shopify:

 

Biar Pelawat Mengingati Laman Web Kita

Apa maksud saya? Laman web kita perlu jelas sekilas pandang. Misalnya ada apa modul, modul terletak di mana, bagaimana laman web kita beroperasi (ramah pengguna?) dan jangan biarkan pelanggan berfikir terlalu lama.

Dengan kata lain, laman web kita tidak patut dirancang untuk menjadi terlalu berbeza. Pada dasarnya, lebih baik mengikuti laman web umum.

Tema kedai yang terbaik adalah jenis reka bentuk tradisional, dan semuanya (operasi dan susun atur halaman) diterima umum. Malah tema Shopify percuma juga mengikuti prinsip ini.

Fikirkan tentang shopping cart dan checkout page. Adakah kita akan mencarinya di footer?

Jadi tema Shopify (laman web ramsi) sangat sesuai untuk kita, kerana gaya setiap halaman adalah konsisten. Pengguna akan merasa lebih selesa berpatah balik ke halaman kita.

Sebenarnya, cara paling selamat untuk memilih tema adalah: pilih yang mudah diguna. Tema jenis ini mempunyai customer conversion rate (kadar penukaran pelanggan) yang tinggi.

Dengan kata lain, kadangkala tema kedai yang terbaik adalah gaya yang biasa dan mesra pengguna.

Mari kita lihat dahulu contoh reka bentuk yang kurang baik:

Mari kita lihat kenapa tidak baik:

✔ Penerangan produk – tidak wujud;
✔ Penilaian pengguna – tidak wujud;
✔ Imej produk hanya satu (hanya satu warna depan dan belakang);
✔ Tiada gambar penggunaan produk;
✔ Kelebihan produk – tidak wujud;
✔ Butang call-to-action – tidak cukup jelas.

Selepas membaca halaman produk dengan reka bentuk yang kurang baik di atas, mari kita lihat reka bentuk yang lebih baik:

Ini adalah kedai Shopify untuk sewa gaun. Kenapa laman ini baik? Mari kita juga menganalisa dengan teliti:

✔ Foto guna HD – cantik;
✔ Butang call-to-action adalah jelas dan tidak akan terlepas pandang;
✔ Maklumat gambar ini sangat terperinci. Ia akan diperbesarkan secara automatik. Pelanggan boleh melihat dengan teliti;
✔ Bukan sekadar ada gambar produk, tetapi juga gambar pelbagai saiz pakaian;
✔ “+” di bawah, anda boleh lihat banyak butiran produk dengan menekan padanya;
✔ Selain penerangan produk di atas, terdapat lebih banyak produk cadangan yang serupa.

 

Pertimbangkan Sumber Yang Boleh Dilaburkan

Apabila kita memilih tema Shopify, kita perlu mempertimbangkan terlebih dahulu berapa sumber yang kita boleh melabur dalam reka bentuk?

Sekiranya kita tidak mempunyai pengalaman reka bentuk ataupun bajet kita ketat, maka kita mesti mencari tema yang mempunyai sedikit banner. Ini kerana jika kita bukan pereka profesional, banner adalah elemen yang sukar dikawal.

Ramai orang mungkin memilih tema yang kelihatan hebat yang mempunyai banyak banner. Tetapi setelah memasukkan banyak banner dengan reka bentuk mereka sendiri, keseluruhan laman web kelihatan sangat tidak menarik.

Sudah tentu, saya mencadangkan bahawa anda mesti mencuba. Kebanyakan tema templat ada demo, anda boleh mengujinya dan merasakannya. Jika anda tidak menyukainya, anda boleh menggantikannya dengan tema lain. Yang penting jangan terburu-buru membeli.

Di samping itu, jika bajet anda tidak mencukupi, anda boleh menggunakan tema percuma. Tema percuma juga sangat berkesan.

Tema percuma mungkin bukan pilihan terbaik kita, tetapi tema percuma juga disokong secara terus oleh laman web rasmi Shopify. Oleh itu, kita boleh menggunakannya dengan penuh keyakinan.

Sekiranya anda masih tidak suka tema percuma, anda boleh menggunakannya untuk sementara waktu. Kemudian tunggu sehingga lebih banyak bajet diperuntukkan baru tukar kepada tema yang lebih cantik.

 

Lihatlah Produk Anda Pada Tema Kedai Shopify

Tema Shopify akan memasukkan beberapa imej produk pada halaman terlebih dahulu. Sudah tentu produk ini boleh disepadukan dengan baik dalam tema itu sendiri. Tetapi adalah lebih baik anda memasukkan imej produk sendiri untuk melihat sama ada imej anda sesuai dengan tema itu.

Dan jika kita tidak mempunyai gambar produk berdefinisi tinggi seperti dalam kualiti HD, jangan pilih tema yang mempunyai paparan saiz gambar produk yang besar.

Sebenarnya gambar di Oberlo sangat berdefinisi tinggi. Jika kita berada di Oberlo ataupun kadang-kadang di AliExpress dapat mencari gambar berdifinisi tinggi juga.

 

Tema Penyesuaian Mudah Alih (Mobile Responsive)

Lebih daripada 50% tempahan Shopify adalah dari peranti mudah alih. Oleh itu, kita mesti memilih tema yang jenis mobile responsive. Terutama buat masa ini, jika laman web kita adalah mobile responsive, kita akan memberikan user experience yang lebih baik kepada prospek.

Selepas kedai Shopify anda siap dipasang, banyak pemilik kedai baru terfikir sama ada kedai mereka mobile responsive atau tidak.

Jangan buat macam mereka. Anda harus pastikan kedai Shopify anda adalah mobile responsive dari awal.

PS: Tema percuma adalah mobile responsive.

 

Pilih Tema Yang Loading Dengan Pantas

Kita juga harus memberi perhatian semasa memilih tema. Jangan pilih tema yang lambat untuk dimuat, seperti yang ada animasi aneh.

Mungkin anda rasa menarik untuk meletakkan beberapa animasi dalam paparan imej. Tetapi sebenarnya faktor-faktor ini akan melambatkan laman web kita.

Tema terbaik adalah loading dengan cepat. Ini bukan sahaja untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan, malah juga untuk memastikan user experience pelanggan.

Bagi Amazon, masa loading berkurangan selama satu saat, jualan tahunan mereka akan berkurangan USD 16 bilion.

Sudah tentu untuk kedai kita sendiri, nilainya pasti lebih kecil. Tetapi semua orang tahu apa akibatnya jika masa loading menjadi perlahan. Oleh itu, semasa memilih tema, anda tidak boleh melupakan faktor ini.

 

Petua Alternatif

Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel ini, tiada banyak pilihan di dalam laman web ramsi tema Shopify. Lagipun bayarannya agak tinggi.

Jadi kita boleh memilih tema di Theme Forest (salah satu platform terkemuka membeli kualiti tema Shopify) : https://themeforest.net/

 

Enam Aspek Utama Reka Bentuk Kedai Shopify

Reka bentuk kedai Shopify boleh dibahagikan kepada 6 aspek:

• Logo dan gaya jenama
• Laman utama
• Kategori produk
• Produk itu sendiri
• Halaman produk
• Kandungan lain

Mari kita menganalisa secara terperinci:

Logo Dan Gaya Jenama

Saya fikir semua orang lebih jelas apa itu gaya jenama dalam fikiran mereka. Gaya jenama boleh mengikut produk industri atau gaya yang anda suka. Bagaimana untuk mereka-bentuk logo anda sendiri?

Untuk mereka-bentuk logo, selain Photoshop, kita masih boleh menggunakan aplikasi lain. Sebagai contoh, Canva: https://www.canva.com/ atau YouZign: https://youzign.com/

Canva

YouZign

Apabila mereka-bentuk logo, kita perlu memberi tumpuan kepada gaya jenama kita. Dan kita mesti konsisten dengan gaya jenama. Setelah logo dan gaya jenama disahkan, mari kita lihat:

 

Padanan Warna Laman Web

Kebanyakan orang tidak tahu apa warna yang sesuai dan berpadanan. Ataupun kita langsung tidak ada idea apa warna untuk dipilih dari awal lagi.

Jika anda belum menentukan warna jenama, anda boleh mencari inspirasi berdasarkan produk anda.

Sebagai contoh, produk itu adalah perabot kayu atau produk kulit. Anda boleh memilih warna semulajadi seperti warna coklat, kuning dan oren.

Bagi mereka yang tidak tahu membuat padanan warna, boleh gunakan Color Hunt: https://colorhunt.co/

Memandangkan kita telah menyentuh padanan warna, satu lagi topik yang tidak dapat dielakkan adalah font.

 

Font

Jangan guna lebih daripada 3 jenis font.

Tujuan adalah konsistensi. Oleh itu, font kita mesti kelihatan kemas. Font yang baik mempunyai tiga syarat – mudah dibaca, konsisten, dan jelas.

 

Penyelarasan Font

Saya mengatakan bahawa jangan guna lebih daripada 3 jenis font dan ini bukan bermaksud hanya menggunakan 1 jenis font. Ini kerana jika hanya 1 jenis font digunakan, adalah sukar membezakan kandungan berlainan. Dan mungkin juga kelihatan agak membosankan. Jadi kita boleh menggunakan versi font (versi biasa, bold dan italic) bersama-sama.

 

Gunakan Saiz Font Yang Berbeza

Di samping menggunakan versi font yang berbeza, kita juga boleh menggunakan saiz font yang berbeza untuk menitikberatkan kandungan yang berbeza. Kandungan yang lebih penting, semakin besar font. Sudah tentu, ia “dibesarkan” dengan munasabah, dan bukan keterlaluan.

 

Kajian Kes

Gecqo: https://www.gecqo.com/

Gecqo bererti cicak, dan kita dapat melihat bahawa huruf besar logo mereka G adalah rupa cicak. Ia boleh dikatakan sangat istimewa dan unik, dan gaya laman web keseluruhannya sangat segar.

Mari kita perhatikan halaman-halaman berikut. Kita dapat melihat bahawa gaya keseluruhan halaman adalah sangat konsisten. Gaya tema antara-muka ini adalah sama dan kelihatan sangat selesa.

Maksudnya, apabila kita mereka-bentuk laman web, selepas memilih logo dan gaya jenama, seterusnya semua kandungan kita harus mengikut logo dan gaya jenama.

Apabila mereka-bentuk, banyak orang sering terlupa untuk mengekalkan konsistensi gaya jenama. Jika benda itu kelihatan baik, mereka akan sini tambah sidikit dan sana tambah sedikit. Akhirnya seluruh laman web kelihatan sangat rumit dan tidak kemas.

Jangan anda merasakan bahawa tidak penting untuk mengekalkan gaya laman web dengan konsisten. Sama ada gaya laman web itu konsisten atau tidak sebenarnya akan memberi kesan kepada pengunjung kita – termasuk autoriti, mesra pengguna, user experience dan sebagainya.

 

Laman Utama

Ring to Perfection: https://store.ringtoperfection.com/

Seperti yang telah kita katakan sebelumnya, laman web ini juga konsisten dengan logo dan gaya jenama. Kita dapat melihat bahawa font yang digunakan dalam nama produk adalah sama dengan font logo, dan gaya keseluruhan halaman utama adalah jelas dan kemas.

 

Bahagian Atas Laman Utama

Gaya dan warna foto laman utama adalah sama. Dan pemilik kedai bukan sahaja menunjukkan imej produk, tetapi juga penggunaan produk, serta beberapa kata kunci utama.

 

Butiran Lain Laman Utama

Sebagai contoh, di bahagian atas halaman utama, maklumat teratas termasuk maklumat mengenai tempahan lebih daripada $ 30, maklumat cara hubungi, pengesanan tempahan, dan sebagainya.

 

Navigasi dalam laman web

Sangat mudah digunakan. Pelawat boleh mencari apa yang diingini.

 

Produk Yang Paling Popular

Halaman ini juga kelihatan sangat bersih dan selesa. Produk paling popular terletak di bawah laman utama (tempat strategik) yang boleh merangsang impuls perbelanjaan pelanggan.

 

Korner Maklum Balas Pembeli

Bahagian ini sangat penting. Bukti sosial menunjukkan betapa pentingnya maklum balas pelanggan. Oleh itu, jika anda mempunyai akaun sosial, dan ada interaksi di antara peminat. Saya sarankan agar anda menyediakan korner ini.

 

Kategori Produk

Royal Furnish: https://www.royalfurnish.com/

Laman utama web ini kelihatan sangat ringkas, tetapi penyusunan siri produk amat teratur dengan kategori yang sesuai walaupun produknya agak banyak.

Bersih, teratur dan jelas sekilas pandang. Klasifikasi produk sangat baik.

 

Produk Itu Sendiri

Produk itu sendiri sangat penting. Apabila kita menambah produk ke kedai, kita ingin memastikan produk ini sangat relevan dengan niche kita.

Dalam erti kata lain, kita perlu memastikan bahawa setiap produk yang kita muat naik mungkin akan dibeli oleh pelanggan sasaran kita. Daripada menambah banyak produk yang tidak relevan, ini akan mengganggu fokus prospek kita.

 

Sangat Berkaitan Dengan Niche

Oleh itu, produk yang ingin kita tambah adalah produk yang berkualiti tinggi dan sangat relevan dengan pelanggan sasaran kita.

Contohnya:

Survival World HQ: https://survivalworldhq.com/

Jenama ini adalah untuk menjual alat survival. Pelanggan sasaran adalah mereka yang berminat untuk mengembara. Oleh itu, produk mereka sangat fokus, iaitu alat survival yang sangat profesional.

Bercakap tentang produk itu sendiri, bukan sahaja ia sangat relevan dengan niche, tetapi kita juga ada kedai online, dan kita perlu bergantung kepada gambar untuk memaparkan produk kita. Seterusnya kita akan membincangkan syarat-syarat gambar yang baik.

 

Resolusi Gambar Dan Skala

Apabila memilih tema, gambar juga merupakan satu faktor yang tidak boleh kita abaikan. Sebelum ini kita bercakap mengenai gambar HD. Apakah konsep HD di sini?

Untuk menjadi lebih spesifik, piksel gambar yang kita muat naik harus sekurang-kurangnya 1024✖1024. Kalau boleh, muat naik pada resolusi tertinggi Shopify, iaitu 2048✖2048.

 

Skala Imej

Produk kita akan muncul berulang kali di banyak bahagian laman web kita, seperti laman utama, halaman produk album, dan halaman produk. Sebagaimana yang kita katakan sebelum ini, warna dan gaya laman web mestilah konsisten, dan skala gambar mestilah konsisten.

Skala gambar yang konsisten akan menjadikan laman web kita kelihatan sangat kemas dan susun atur sangat jelas.

 

Halaman Produk

Puravida: https://www.puravidabracelets.com/

 

Halaman Pembelian

Gambar berdefinisi tinggi dan antara-muka yang sangat mudah difahami. Ia juga mempunyai antara-muka yang sangat mudah diguna: memilih saiz cincin, dan butang call-to-action yang jelas.

Penerangan produk dan maklumat terperinci.

Penerangan produk dan maklumat terperinci adalah berasingan. Adakah banyak dari kita tidak memisahkannya? Sekiranya kita memisahkan kedua-dua, ia akan kelihatan lebih profesional.

 

Maklumat Lain

Pembeli dari pengguna Instagram dipaparkan di laman utama. Terdapat juga beberapa ciri jenama, kerja amal mereka, jumlah peminat, penghantaran percuma dan sebagainya.

Selain itu ada juga penilaian dari pelanggan yang berpuas hati. Dengan penilaian ini, mudah untuk mendapatkan kepercayaan prospek.

 

Cadangan Produk Untuk Pembeli

Halaman produk ini memang dibuat dengan teliti.

 

Kandungan Lain

WVMT: https://www.mvmtwatches.com/

Mari kita perhatikan “kandungan lain” di atas. Informasi di bahagian latar belakang berwarna hitam ini agak komprehensif dan sangat kemas.

Di bahagian perkhidmatan pelanggan, semua maklumat penting dilampirkan. Malah FAQ (soalan-soalan kerap ditanya) pun tidak dilupakan.

Kaedah dihubungi di sini mempunyai alamat emel, nombor tol percuma dan waktu perniagaan.

Terdapat juga “Sertai MVMT”. Bahagian ini sebenarnya tempat yang baik untuk berinteraksi dengan pengunjung di mana pengunjung boleh melihat kisah jenama, membina kepercayaan jenama dan blog mereka.

 

Kesimpulan

Jangan anda fikir mereka-bentuk kedai Shopify sangat susah. Sebenarnya jika anda mengguna-pakai tema yang betul seperti yang saya sarankan di atas, banyak masa anda akan dijimatkan.

Walaupun mereka-bentuk kedai Shopify mengambil sedikit masa, tetapi ia amat bernilai. Reka bentuk yang baik boleh menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi dan juga mendapat kepercayaan lebih ramai pelanggan.

Komen di bawah jika anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

Selamat membaca.

(2019.05.23)

 

Victor LaiTentang Penulis: Victor Lai, orang Melaka. BSc (Hons) in Computing, Google Analytics & AdWords Certified. Pernah memegang jawatan editor/ penulis/ penterjemah di industri kesihatan; penolong editor e-berita (laman web/e-paper/SMS) di syarikat akhbar; web developer di industri peruncitan. Kini sebagai Internet Marketer sepenuh masa.

Tinggalkan Komen Anda

error: Content is protected !!